Bersih gesa tak bubar Parlimen sehingga habis penggal


PERDANA MENTERI
Ismail Sabri Yaakob didesak agar tidak mencadangkan pembubaran parlimen sehinggalah penggal sedia ada berakhir pada Julai 2023.

Gesaan itu dibuat pertubuhan pendesak pembaharuan pilihan raya Bersih dengan menegaskan bahawa langkah tersebut wajar bagi memberi masa yang secukupnya untuk pelaksanaan pelbagai pembaharuan yang diumum.

"Bersih mengalu-alukan cadangan pembaharuan Ismail Sabri. Tetapi kami menyeru beliau untuk menetapkan agenda pembaharuan yang komprehensif secara realistik yang berlangsung sehingga 16 Julai 2023, apabila parlimen terbubar.

"Mengisi baki penggal parlimen dengan pelaksanaan pembaharuan adalah sepenuhnya mampu dilakukan selagi Ismail Sabri tidak memohon pembubaran awal parlimen dan majoriti ahli parlimen memberikan keyakinan mereka perdana menteri," kata Bersih dalam kenyataan.

Sebelum ini terdapat gesaan terutama dari dalam Umno sendiri supaya pilihan raya segera diadakan.

Sebagai rekod, kerajaan dipimpin Ismail dan pendahulu sebelumnya, Mahiaddin Md Yassin tidak tertegak melalui mandat dari rakyat.

Bersih juga menggariskan bagaimana pembaharuan boleh dilakukan selepas tamat tempoh memorandum persefahaman (MOU) di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 31 Julai ini.

“Pembaharuan selepas Julai sepatutnya menjadi keutamaan semua parti, bukannya hanya perjanjian dua pihak di antara kerajaan Ismail Sabri dan HARAPAN.

Tak perlu tergesa-gesa adakan PRU awal
“Usaha ke arah reformasi sebelum PRU ke-15 akan menjadi tumpuan pelbagai parti untuk memastikan persaingan yang adil pada dan selepas itu, dan bukan hanya perjanjian keyakinan dan bekalan untuk memelihara kerajaan sedia ada.

“Ia juga harus melibatkan kerajaan negeri secara rasmi untuk membawa perubahan yang sepadan melalui Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan," kata mereka.

Post a Comment

0 Comments