LAGI Luahan rasa tidak puas hati terhadap langkah kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang melantik Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar ke Indonesia telah diutarakan.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Mohamed Arshad Raji dalam kenyataan berkata rasa curiga yang meluas dalam kalangan orang awam ekoran pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu perlu dikaji semula.
Malah beliau turut menegaskan bahawa Patriot berpendapat langkah berkenaan ketika ini adalah mendesak.
"Ini perlu difikirkan semula segera. Penurunan pendapat umum terhadap langkah perdana menteri dan kabinetnya tidak boleh diabaikan.
“Sehubungan itu, Patriot menuntut perdana menteri dan kabinetnya memikirkan semula dan segera membatalkan pelantikan itu,” katanya.
Terdahulu, tindakan kerajaan 'keluarga Malaysia' melantik Tajuddin dikecam pelbagai pihak ekoran beberapa isu yang membabitkan pemimpin Umno berkenaan.
Tindakan itu telah mengembalikan amalan kerajaan melantik ahli politik sebagai duta selepas sebelum ini jawatan tersebut disandang oleh pegawai kanan dalam perkhidmatan awam.
Bekas Duta ke Belanda, Noor Farida Mohd Ariffin berkata, pelantikan itu ibarat “musibah” tambahan Tajuddin pernah dibayangi kontroversi dalam isu perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu.
BACA: Pelantik Tajuddin sebagai duta ibarat 'musibah'
Kerajaan jelasnya telah menunjukkan sikap kurang bijak apabila melantik seseorang seperti Tajuddin yang “sangat kurang berkaliber dan kemahiran diplomatik” untuk jawatan itu,
Selain Noor Farida, pelantikan Tajuddin turut dikecam seorang lagi bekas diplomat, Dennis Ignatius
Menyifatkan sebagai tindakan kerajaan melantik Tajuddin ke jawatan penting itu disifatkan sebagai “memalukan”, beliau mempersoalkan apakah tiada individu lain lebih layak.
“Macam tiada orang lain.” kata veteran yang berkhidmat di luar negara selama 36 tahun itu. K'jaan digesa batal pelantikan Tajuddin
Sementara itu, Mohamed Arshad berkata, Patriot menerima banyak keluhan dan rasa tidak senang mereka terhadap pelantikan bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia itu.
Malah katanya kempen dalam talian digerakkan pihak tertentu bagi mendesak Tajuddin meletak jawatan juga menarik sokongan yang pantas.
"Bukanlah susah sangat untuk memahami kekecewaan orang ramai dan mengapa ada protes yang meluas terhadap pelantikan duta ke Indonesia itu.
"Walaupun perdana menteri menjamin Jakarta mengalu-alukan pelantikan tersebut, rakyat patriotik Malaysia tidak berpendapat begitu," katanya.
0 Comments