PELANTIKAN Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia diktirik seorang diplomat.
Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 berkata, pelantikan pemimpin UMNO itu ibarat “musibah” tambahan dia pernah dibayangi kontroversi dalam isu perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu.
Noor Farida berkata, kurang bijak apabila kerajaan melantik seseorang seperti Tajuddin yang “sangat kurang berkaliber dan kemahiran diplomatik” untuk jawatan itu, lebih-lebih lagi Indonesia adalah negara penting kepada Malaysia dan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan Putrajaya.
Malah ia jelasnya mengecewakan pegawai diplomatik, kerana peluang kerjaya mereka untuk dinaikkan ke jawatan duta seolah-olah telah dilucutkan.
Selain bekas duta ke Belanda itu, pelantikan Tajuddin turut dikecam seorang lagi bekas diplomat, Dennis Ignatius
Menyifatkan sebagai tindakan kerajaan melantik Tajuddin ke jawatan penting itu disifatkan sebagai “memalukan”, beliau mempersoalkan apakah tiada individu lain lebih layak.
“Macam tiada orang lain.”
Ignatius, seorang veteran yang berkhidmat di luar negara selama 36 tahun bagaimanapun tidak terkejut dengan pelantikan itu.
“Hubungan politik kini lebih penting daripada integriti, kehormatan dan profesionalisme.” katanya.
Pengumuman pelantikan tersebut turut mendapat perhatian beberapa Ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, walaupun pelantikan Tajuddin bukan satu kejutan, ia masih mengejutkan memandangkan cara beliau mengawal penampilan diri pada masa lalu.
Pelantikan bekas timbalan menteri itu tegasnya akan membawa kepada spekulasi mengenai susun atur atau persefahaman yang wujud antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Tajuddin.
"Kerana ia melibatkan “jawatan yang sangat senior”, adalah sukar untuk mengelak spekulasi seperti ini daripada orang ramai,” katanya sambil menegaskan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini, sebahagian besarnya, mengelak daripada meletakkan ahli politik ke jawatan diplomat.
Ketika mengulas isu sama, Ahli Parlimen Bayan Baru mempersoalkan pelantikan itu dengan menegaskan ramai diplomat berpengalaman lebih layak untuk jawatan itu.
“Rakyat telah melihat prestasi Tajuddin di Parlimen dan cara dia mengendalikan krisis LRT. Adakah dia pilihan tepat untuk jawatan penting itu?” soalnya.
Tiadakan orang lain lebih layak? |
“Lantikan politik seperti ini memang sudah lama wujud, namun mestilah dibuat demi kepentingan negara,” katanya.
Beliau mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob cuba menggunakan pelantikan Tajuddin untuk pengaruh politik.
0 Comments