Jangan jadikan politik pentas orang politik cari makan


SEORANG
pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) mengingatkan ahli politik bahawa bidang tu tidak seharusnya menjadi medan bagi golongan itu 'mencari makan' dan menjadi kaya raya.

Dr Zaidi Zakaria yang juga Naib Pengerusi Amanah Pulau Pinang berkata, politik seharusnya menjadi platform bagi memastikan rakyat di negara ini 'dapat makan' dan terbela.

"Individu yang mahu menceburi politik dan menjadi orang politik seharusnya perlu kaya sebelum menyertai politik dan tidak sewajarnya menjadi kaya selepas menyertai politik," ulasnya lagi.

Beliau turut berkata, contoh yang terbaik boleh dijadikan ikutan ialah sejarah Abdul Rahman bin Auf dan Khadijah Abd Rahman yang merupakan orang yang kaya sebelum menyertai perjuangan membantu Rasulullah SAW di mana kekayaan mereka digunakan untuk perjuangan.

“Tidak dapat dinafikan, setiap perjuangan memerlukan wang ringgit bagi membiayai realiti tersebut termasuklah bagi membentang sepanduk atau kain rentang bersaiz sederhana turut menelan kos sehingga RM500 dan semuanya melibatkan kewangan.

"Politik untuk beri rakyat makan, bukan untuk orang politik cari makan Politik yang betul memberi rakyat makan.

Gelap mata jadi punca orang politik khianat rakyat
“Yang amat dibimbangi sekiranya orang politik menang, di mana mereka bukan orang yang kaya kemungkinan besar mereka boleh ‘gelap mata’ apabila dibentangkan dengan nilai kewangan yang banyak termasuklah RM5 juta bagi lompat parti.

“Perkara inilah yang amat ditakuti sekiranya orang politik menjadi ibarat ‘lembu dicucuk hidung’ mahu pun dikawal oleh orang lain semata-mata kerana wang dan kekayaan,” ujar beliau dipetik laporan portal Malaysiadateline.
 

Post a Comment

0 Comments