KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong sebarang usaha untuk membuka kembali siasatan berkait kerugian berjumlah RM31.5 bilion dalam 'skandal forex' atau tukaran wang asing membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an.
Bercakap semasa sesi debat Perdana bersama Najib Razak pada Khamis, Presiden KEADILAN itu berkata, beliau tidak ada masalah sekiranya Peguam Negara mahu membuka kes itu sekarang dan terserah kepada kerajaan hari ini untuk membuat keputusannya.
"Pendirian saya jelas, Kalau esok boleh bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), bagi tahu Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) buka siasatan terbuka, saya tidak ada masalah.
"Ini beza saya dengan (Datuk Seri) Najib (Razak). Saya tidak mahu ada mana-mana kes di mana ahli politik menggunakan jentera politik dan kerajaan untuk menutup kes dan mendera orang," katanya.
Najib sebelumnya mengajukan soalan mengenai skandal forex kepada Anwar.
Skandal forex merujuk kepada kerugian tukaran wang asing berjumlah RM31.5 bilion membabitkan BNM dari 1991 hingga 1994 semasa negara diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Anwar menegaskan soal integriti dalam pentadbiran dengan berkata negara boleh jahanam jika masalah rasuah dalam negara tidak diselesai dengan menyeluruh.
"Jangan gunakan alasan apa yang menghalang Peguam Negara membuka semula kes.
"Ini saya selalu sebut di Parlimen, ia digunakan sebagai alasan kononnya mantan Ketua SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Perdana Menteri, keputusan mereka itu menghalang kita.
"Perdana Menteri sekarang UMNO, ambillah tindakan," cabarnya.
Anwar cabar siasat semula 'skandal forex' |
Mahkamah Tinggi Kuala Lumur pada Julai 2020 menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas Presiden UMNO itu.
Rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadanya akan didengar Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.
0 Comments