KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keyakinan rakyat kepada pentadbiran negera perlu segera dikembalikan.
Sewaktu berhujah di Majlis Debat Perdana pada Khamis, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menegaskan bahawa langkah itu penting bagi membolehkan kerajaan merencana masa depan negara dengan lebih baik.
Rakyat jelas Anwar kini dilihat sudah mual dengan percaturan politik serta rencana pemunggahan kekayaan oleh elitis politik.
Keutamaan kerajaan katanya perlu diletakkan kepada soal pembasmian gejala rasuah, yang beliau sifatkan sebagai sistemik, berbanding zaman Allahyarham Tun Abdul Razak pada era 60-an dahulu.
“Saya yakin permulaan ini mesti dengan pengurusan yang lebih baik. Orang mual dengan politik sekarang ini, dengan percaturan politik dan perebutan dan pemunggahan kekayaan dan pimpinan. Oleh demikian, harus bawa semula keyakinan baharu untuk nyatakan bahawa politik dan pimpinan tak lain dari taklif, amanah … dan ini dengan membersihkan negara dari rot yang ada iaitu rasuah.
“Dan ini tidak terkait dengan satu atau dua orang sahaja. Saya sebut sistemik, yang perlu ditangani begitu baik, kemudian isu dibahaskan sejak 1961 saya ingat, Tun Abdul Razak sebut tentang masalah yang akan dihadapi negara - communism, communalism dan corruption,” katanya lagi.
Mengulas lanjut Anwar berkata, bahawa masalah rasuah yang dihadapi negara pada masa kini jauh lebih buruk berbanding zaman Tun Abdul Razak, dan diparahkan lagi dengan soal perkauman.
Justeru tiada guna jika kerajaan terus menyebut soal projek mega untuk mengukuhkan ekonomi negara, jika soal kebajikan asas rakyat seperti bekalan air bersih, mutu pendidikan dan akses kesihatan tidak diperbaiki dahulu.
“Ada yang terpencil daripada arus pembangunan perdana, sehingga masalah air tak selesai sampai sekarang, mutu pendidikan, kesihatan, dan sebagainya. Ini kemampanan yang menuntut pimpinan untuk ada pengarahan dan keutamaan jelas.
Tak guna projek mega jika abai kebajikan rakyat |
Pendidikan, harga barang, kos sara hidup itu perlu jadi keutamaan.
“Masa depan negara termasuk soal persekitaran, perubahan iklim, prasarana asas. Mana mungkin rakyat terima politik ganas dan angkuh, tanpa rasa kasih sayang dah rahmah, ini menjangkau semua kaum dan semua wilayah di negara kita,” kata menteri kewangan terbaik Asia era 90-an itu lagi.
“Masa depan negara termasuk soal persekitaran, perubahan iklim, prasarana asas. Mana mungkin rakyat terima politik ganas dan angkuh, tanpa rasa kasih sayang dah rahmah, ini menjangkau semua kaum dan semua wilayah di negara kita,” kata menteri kewangan terbaik Asia era 90-an itu lagi.
0 Comments