PENGERUSI Parti KEADILAN Terengganu Azan Ismail mahu bekas perdana menteri Najib Razak memberi penjelasan lanjut mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) termasuk harga tiket dan kaedah untuk menyelesaikan hutang pembinaannya.
gesaan itu dibuat Azan susulan kenyataan Najib pada Debat Perdana bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu.
Menyifatkan Najib sebagai 'jaguh projek mega', Azan berkata rakyat berhak tahu berkenaan projek itu yang dimulakan ketika Najib mejadi perdana menteri.
"Najib serba tahu, dia pakar segalanya. Daripada mengagihkan kek (ekonomi) kepada rakyat sehingga menyelamatkan Sapura Energy tanpa menggunakan satu sen rakyat.
"Jadi, saya sebagai rakyat Terengganu ingin tahu kos ECRL termasuk tambang dan bagaimana kerajaan nak menyelesaikan hutangnya.
"Janganlah nanti minta pula Petronas 'bail out' ECRL pula," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Projek ECRL yang melibatkan jajaran sepanjang 665 kilometer merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dianggarkan memakan kos RM50.27 bilion.
Awal bulan ini, Azan telah membangkitkan soal kos ECRL yang tinggi dan berpandangan ia akan menyebabkan harga tiket yang mahal sehinggai mencecah "enam kali ganda tambang pesawat" untuk ke destinasi yang sama.
Najib bagaimanapun menyangkal pandangan itu dan berkata kerajaan dan syarikat ECRL "tidak gila" untuk mengenakan harga setinggi itu kerana sebahagian besar sumber pendapatan ECRL adalah pengangkutan kargo dan bukannya daripada tiket penumpang.
Azan turut mengkritik pendekatan Najib yang menurutnya "sangat berminat" dengan projek mega yang dikatakan akan membantu rakyat.Rakyat berhak untuk tahu tentang projek ECRL
"Malah, dia turut memberi penjelasan baru kepada istilah 'cash is king' bahawa 'king' itu merujuk rakyat.
"Jika begitu, maka rakyat berhak mendapat tahu jumlah keseluruhan projek ECRL ini," katanya lagi.
0 Comments