HUBUNGAN Muafakat Nasional (MN) yang sebelum ini dibentuk oleh UMNO dan PAS dilihat tidak boleh diselamatkan lagi, kata Datuk Mahfuz Omar.
Naib Presiden Amanah itu dipetik laporan sinar berkata, hubungan kedua-dua parti itu kini sudah seperti ‘pinggan retak seribu’.
“Saya fikir ia bukan retak menanti belah tetapi telah berkecai atau kita kata seperti pinggan sudah retak seribu. Orang tidak pakai kalau pinggan sudah retak seribu.
"Seperti itulah keadaan yang berlaku,” katanya dipetik laporan tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian mengenai situasi semasa hubungan UMNO dan Pas dalam MN yang dilihat seolah-olah akan roboh ketika ditemui pemberita sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung di sini, pada Sabtu
Tmbah Mahfuz lagi, bagaimanapun PAS masih dilihat seperti terhegeh-hegeh untuk bersama UMNO sedangkan parti tersebut telah menyatakan pendirian secara terbuka bahawa tiada lagi kerjasama antara kedua-duanya.
“Bagi saya, PAS adalah salah sebuah parti tidak boleh dipercayai. Keadaan yang berlaku menunjukkan parti itu tidak boleh dipercayai seperti dalam isu Pas Leaks.
“Seperti disebutkan sebelum ini, saya pernah diarahkan mengeluarkan kenyataan menafikan wujud rundingan PAS, UMNO semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat,” katanya.
UMNO tak mahu lagi kerjasama dengan PAS |
“Jadi, ini menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dalam persahabatan,” katanya.
Sementara itu diminta mengulas kenyataan PAS ingin bersama MN dan Perikatan Nasional (PN), Mahfuz mendakwa parti itu cuba mencari seberapa banyak pengaruh untuk kepentingan mereka.
0 Comments