Rafizi dan Saifuddin sama kuat, kekuatan parti KEADILAN

 

DUA tokoh ternama dalam parti KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli dianggap sebagai dua tokoh yang diperlukan parti itu.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Kedah, Che Mat Dzaher Ahmad dipetik berkata, Saifuddin dan Rafizi mempunyai kemahiran tersendiri bagi mengukuhkan lagi gerak kerja PRU15 walaupun tidak dipilih sebagai pemimpin nombor dua parti itu kelak

Malah beliau melihat persaingan dua tokoh itu yang merebut jawatan Timbalan Presiden tidak akan memecah belahkan parti, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
 
“Saya tak nampak sebab akan berlakunya perpecahan akibat daripada persaingan itu, pengundi di peringkat cabang kini lebih terbuka, mereka bebas untuk mengundi Rafizi atau Saifuddin.

“Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri, Saifuddin pemimpin yang setia kepada parti manakala Rafizi menjadi pilihan netizen khususnya anak muda.

"Kedua-dua calon adalah kesayangan parti dan mempunyai strategi tersendiri namun hakikatnya, tidak akan berlaku perpecahan sebagaimana ketika pertandingan Rafizi dengan (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali,” kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Kedah menurut laporan Sinar.

Che Mat Dzaher sementara itu berkata, perdebatan antara dua tokoh itu merupakan pendekatan baharu parti dalam memperkenalkan sistem baharu politik Malaysia.

Kedua-dua tokoh diperlukan parti KEADILAN
“Untuk memenuhi jentera parti di peringkat tertinggi, kita perlu adakan pemilihan parti untuk memenuhi jawatan timbalan presiden dan naib yang dikosongkan. Ia adalah peluang untuk kita membentuk kekuatan jentera baharu untuk berdepan PRU15,” katanya.

Menurutnya, apa jua keputusan pemilihan kelak, semua ahli yang berkempen untuk memenangkan calon Timbalan Presiden KEADILAN hendaklah kembali bersatu dan akur dengan keputusan kerana ia adalah pilihan akar umbi.
 

Post a Comment

0 Comments