PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya audit forensik dilakukan bagi menyelamatkan syarikat minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Berhad (SEB).
Bercakap ketika Debat Perdana yang turut menampilkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) malam tadi,Anwar berkata masalah yang dialami syarikat SEB adalah bersifat 'simptomatik' selepas ia mula dikesan pada 2016.
Isu sebenar berkaitan syarikat itu tegasnya perlu dilihat pada kerangka yang lebih besar termasuk dari segi masalah pengurusan, integriti, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Soalnya bukan soal bantu atau bailout, soalnya sebelum kita campur dalam urusan ini, mesti ada forensik audit.
"Minta pengurusan sekarang bagi tahu penyelesaian, perlu kerajaan campur tangan? Apa syarat? Bagaimana siasatan lengkap dan rapi untuk hukum yang salah guna kuasa.
"Harus ada unjuran dan kalau ada kepakaran, pengurusan baik, atau tak salah guna kuasa ada keupayaan untuk menjangka, dapat leraikan permasalahan dan kemelut dihadapi. Tak boleh untung pendapatan RM100 juta setahun, bila ada masalah hempap pada kerajaan," katanya.
Debat Perdana antara Anwar dan Najib malam tadi melibatkan tiga bahagian iaitu isu SEB; masa depan Malaysia merangkumi aspek politik, urus tadbir dan hala tuju negara.
Najib malam tadi mendakwa kemerosotan SEB disebabkan kejatuhan harga minyak, dia turut mencadangkan supaya Petronas mengambil alih SEB bagi menyelamatkannya.
Bagaimanapun Anwar menolak alasan diberikan Najib itu dengan berkata, tidak benar isu dihadapi syarikat itu semata-mata disebabkan kejatuhan harga minyak, ia menurutnya berkaitan dengan 'good governance', dan tekad politik.
"Kalau main selamatkan, saya tak tahu Petronas guna apa kalau tak pakai satu sen? Ini kita kena jelas. Nak guna alasan syarikat Bumiputera, saya tak mahu ini dijadikan asas, Bumiputera atau bukan Bumiputera.
Individu lakukan kesalahan perlu kena tindakan |
"Kalau tak berulang MRT... DNB... mula RM10 bilion, ulang permasalahan sama sehingga tiada 'good governance', dan tekad politik untuk betulkan sistem yang wujud.
"(Datuk Seri) Najib (Razak) kata harga minyak... tak sebenarnya betul kerana semata-mata harga minyak," tegasnya.
0 Comments