Anwar saran selamatkan rakyat dahulu jika mahu negara selamat


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha menyelamatkan masa depan negara hanya akan berhasil sekiranya kepentingan rakyat diselamatkan terlebih dahulu berbanding kepentingan syarikat gergasi.

Bercakap ketika program Debat Perdana yang turut menampilkan bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) malam tadi, Anwar mennegaskan kepentingan rakyat itu termasuk dari segi pekerjaan, pendidikan, harga barang dan kos sara hidup yang seharusnya menjadi keutamaan.

"Saya harap pandangan ini menjadi hala tuju negara yang baharu," katanya ketika mengutarkan pandanganya berhubung isu masa depan negara.

Mengulas lanjut isu dihadapi rakyat hari ini, Anwar mendakwa walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) mentadbir negara dalam tempoh hanya 22 bulan, namun gabungan itu jauh lebih berjaya mengatasi masalah kos sara hidup berbanding kerajaan selepas itu.

Hari ini jelasnya, isu kenaikan kos sara hidup yang menekan rakyat seolah-olah gagal ditangani kerajaan.

HARAPAN lebih berjaya tangani isu kos hidup
"Apa pun yang disebut tentang kelemahan , HARAPAN jauh lebih berjaya dalam mengatasi masalah kos sara hidup di negara ini (sebelum ini).

"Kadang-kadang berita yang baik itu tidak enak didengar tetapi harus dihadam dan dilihat (perbezaan ketara) harga ayam pada 2019 dengan harga ayam sekarang," katanya.
 

Post a Comment

0 Comments