Peguam Najib didakwa cuba sembunyi 'identiti' wang RM9.5 juta


PEGUAM
Shafee Abdullah cuba menyembunyikan “identiti” wang berjumlah RM9.5 juta yang diterima daripada Najib Razak sebagai pinjaman, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Dipetik laporan portal FMT, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Farid Jabar berkata berdasarkan kepada dua rakaman percakapan diambil SPRM, pada 2017 dan 2018, Shafee menyatakan bahawa wang RM9.5 juta itu adalah bayaran khidmat guaman, namun dalam satu rekod percakapan dan kenyataan media, peguam itu memberitahu wang tersebut adalah pinjaman.
 
“Pada awalnya, Shafee dirakam percakapan (dua rakaman pada 2017 dan 2018) sebagai saksi berkaitan penerimaan wang RM9.5 juta daripada Najib yang mana Shafee adalah salah seorang yang menerima wang daripada Najib yang ketika itu Najib disiasat oleh SPRM.

“Penjelasan Shafee menerusi dua rekod percakapan yang saya peroleh, jelas membuktikan bahawa penerimaan RM9.5 juta itu merupakan bayaran yuran guaman bagi kes-kes petisyen pilihan raya tahun 2004 dan 2006 yang telah selesai,” kata saksi pendakwaan kelapan itu dipetik laporan itu.

Shafee didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku, di sini, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
 
Pada 13 Sept 2018, Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya, iaitu cek RM4.3 juta diterima pada 13 Sept 2013, manakala RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Sementara itu Farid berkata, beliau telah mengemukakan aduan pada 4 Sept 2018, yang menjurus kepada kesalahan penerimaan wang RM9.5 juta oleh Shafee yang peguam kanan itu merupakan suspek dalam kertas siasatannya.

“Siasatan yang dibuat oleh saya adalah menjurus kepada sama ada penerimaan dua cek berjumlah RM9.5 juta telah diisytiharkan di dalam Borang B Tahun Taksiran (LHDN) 2013 dan 2014, daripada situ siasatan saya mendapati bahawa tiada laporan yang dibuat.

Shafee didakwa terlibat terima wang hasil haram
“Siasatan saya juga mendapati, berdasarkan rakaman percakapan dan kenyataan media, beliau (Shafee) cuba menyembunyikan identiti sebenar penerimaan RM9.5 juta yang diterima olehnya sebagai pinjaman, sedangkan duit RM9.5 juta itu merupakan bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan oleh Shafee kepiti ada Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Kepada soalan Afzainizam mengapa saksi terakhir itu tidak mengeluarkan notis kepada Shafee dan firma Shafee & Co, supaya mengemukakan invois berhubung bayaran khidmat guaman kepada Umno dan BN, Farid berkata, Shafee sendiri mengesahkan bahawa beliau tidak meminta sebarang invois daripada Najib kerana “segan”.

Post a Comment

0 Comments