Langkah k'jaan tak selesai isu bekalan ayam jangka panjang


SEORANG
Ahli Parlimen mengingatkan kerajaan bahawa angkah menghentikan eksport ayam bagi menangani kekurangan bekalan makanan negara tidak akan menyelesaikan masalah itu untuk jangka panjang.

Sim Tze Tzin (HARAPAN - Bayan Baru) dalam kenyataan menegaskan bahawa kerajaan perlu tahu  punca sebenar kekurangan bekalan ayam adalah disebabkan permintaan luar biasa ketika hari raya Aidilfitri yang diburukkan lagi dengan kesan dua tahun pelaksanaan perintah kawalan berkurung dan juga kos pengeluaran yang semakin meningkat

Jurucakap Parlimen Pertanian dan Komoditi KEADILAN itu turut  berkata, dua dasar diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob seperti pemansuhan permit import (AP) dan menghentikan eksport bekalan ayam bermula 1 Jun ini bukanlah penyelesaian  sebenar bagi isu itu.

“Pemansuhan AP untuk import ayam bulat dijangka kurang sambutan kerana sebab yang sama, iaitu harga ayam global lebih mahal.

“Kawalan eksport juga bukan penyelesaian berpanjangan kerana Indonesia dan India juga membatalkan larangan eksport hanya lepas beberapa minggu sahaja,” kata bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Beliau turut membangkitkan kelemahan kerajaan dalam melaksana kawalan harga terhadap ayam yang jelasnya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pengeluaran.

Harga kawalan yang tidak munasabah menyebabkan petani menanggung kerugian berpanjangan sehingga ada yang terpaksa mengurangkan ternakan kerana ingin mengurangkan kerugian.

“Punca kedua adalah harga kos pengeluaran yang meningkat. Harga kos dedak telah meningkat 100 peratus. Gaji minimum pekerja naik ke RM1,500. Kekurangan pekerja juga menjejaskan pengeluaran.

Laksana langkah penyelesaian jangka panjang
“Yang paling terkesan adalah kawalan harga RM8.90 selama 141 hari. Kawalan harga ini adalah paling lama dalam sejarah. Kawalan harga menjejaskan keseimbangan pasaran.

“Demi menyelesaikan kekurangan bekalan, kerajaan seharusnya memahami masalah sebenar dan berusaha membantu petani tempatan mencari penyelesaian menang-menang,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments