JAWATANKUASA Pemilihan Parti (JPP) parti KEADILAN meminda tarikh pencalonan bagi pemilihan 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Pemuda dan Majlis Pimpinan Wanita yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mei ke 29 Mei.
Pengerusi JPP PKR Dr Zaliha Mustafa berkata calon yang layak bertanding boleh mendaftar secara dalam talian menerusi aplikasi Adil atau hadir secara fizikal di Ibu Pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.
Bagi pencalonan dalam talian, masa pencalonan bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam, manakala pencalonan secara fizikal di Ibu Pejabat KEADILAN bermula 9 pagi hingga 5 petang.
“JPP 2022 mengharapkan lebih ramai anggota parti menawarkan diri masing-masing sebagai calon untuk jawatan MPP, sekali gus mempercepatkan proses parti menyiapkan diri menghadapi pilihan raya umum ke-15,” katanya dalam kenyataan.
Gesa ramai tawar diri, percepat persiapan parti |
0 Comments