AHLI PARLIMAN Seputeh, Teresa Kok melahirkan rasa kecewa terhadap sikap Menteri Sumber Manusia M Saravanan yang dakwanya tidak menjawab persoalan mengenai isu pengambilan pekerja.
Ia mengenai jika syarikat 3S Asia Sdn Bhd (3S Asia) yang merupakan pembangun kepada portal yang akan dirangkaikan kepada agensi pengambilan pekerja swasta (APS) milik kerajaan akan terlibat dalam urusan pengambilan pekerja asing, penempatan dan penghantaran pulang mereka.
Dipetik laporan Malaysiakini, bekas Menteri Industri Utama itu berkata sikap Saravanan telah mewajarkan persoalan yang dibangkitkannya sama ada benara atau tidak.
"Dia (Saravanan) main tai chi untuk menjawab soalan tersebut.
"Sekarang, disebabkan dia (Saravanan) tidak menjawab soalan saya, saya tertanya-tanya adakah soalan itu terlalu sukar untuk diberikan jawapan kerana ia memang sangat hampir kepada kebenaran.
"Saya kecewa dia mengelak soalan saya di parlimen dengan menjawab dengan hanya memberitahu kita bahawa memorandum persefahaman di antara Malaysia dan Indonesia akan ditandatangani di Jakarta pada 1 April," kata Kok.
Malaysiakini dalam laporanya mendakwa 3S Malaysia turut memiliki hak eksklusif ke atas semua kandungan dalam portal mereka melalui syarat dan persetuuan yang ditetapkan kepada majikan yang mendaftar dengan mereka.
![]() |
Mengapa menteri sukar untuk beri jawapan? |
Bagaimanapun sehingga kini katanya, soalan diajukan mengenai portal 3sMalaysia.com itu masih belum terjawab.
Untuk rekod pada 8 Mac lalu, Ko juga meminta timbalan presiden MIC itu menjelaskan siapa yang membina portal 3sMalaysia.com.
0 Comments