RAKYAT perlu diberitahu bahawa semua ahli politik tidak baik dan yang harus ditolak hanya golongan yang rasuah, melompat, mengkhianati rakyat dan ponteng palimen, kata Zunar.
Dipetik laporan Malaysiakini, Zunar yang juga merupakan pelukis satira politik terkenal berkata, walaupun pandangan artis harus dihormati, “orang berkuasa” tegasnya tidak harus mengesahkan lukisan itu kerana ia memberi iyarat yang salah.
“Apakah rakyat mahu diberitahu bahawa semua ahli politik itu buruk?” soalnya.
“Nanti kita akan menghadapi pilihanraya, apakah rakyat akan diberitahu bahawa jangan mengundi kerana semua ahli politik tidak bermoral?” jelas penerima beberapa anugerah antarabangsa berkait hak asasi dan keamanan itu.
Terdahulu lukisan menggambarkan ahli parlimen sebagai beruk dan katak - yang dibeli oleh sultan Selangor - terus mencetuskan perbincangan awam.
Melalui media sosial, Pejabat Diraja Selangor mengumumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli lukisan tersebut dan baginda berhasrat menggantung lukisan itu di bilik kerja peribadi.
Tiada maklumat lanjut berkaitan pelukis dan nama karya satira itu dinyatakan.
Lukisan itu mirip karya artis jalanan Inggeris Banksy bertajuk Devolved Parliament yang dilelong dengan harga AS$12.2 juta (RM51.64 juta) pada 2019.
Sementara itu tambah Zunar, negara masih memiliki ramai ahli politik yang bagus dan rakyat wajar terus memilih mereka.
“Ahli politik yang bagus masih ada. Pilih mereka!” katanya dipetik.
Dipetik laporan Malaysiakini, Zunar yang juga merupakan pelukis satira politik terkenal berkata, walaupun pandangan artis harus dihormati, “orang berkuasa” tegasnya tidak harus mengesahkan lukisan itu kerana ia memberi iyarat yang salah.
“Apakah rakyat mahu diberitahu bahawa semua ahli politik itu buruk?” soalnya.
“Nanti kita akan menghadapi pilihanraya, apakah rakyat akan diberitahu bahawa jangan mengundi kerana semua ahli politik tidak bermoral?” jelas penerima beberapa anugerah antarabangsa berkait hak asasi dan keamanan itu.
Terdahulu lukisan menggambarkan ahli parlimen sebagai beruk dan katak - yang dibeli oleh sultan Selangor - terus mencetuskan perbincangan awam.
Melalui media sosial, Pejabat Diraja Selangor mengumumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli lukisan tersebut dan baginda berhasrat menggantung lukisan itu di bilik kerja peribadi.
Tiada maklumat lanjut berkaitan pelukis dan nama karya satira itu dinyatakan.
![]() |
Bukan semua perasuah, pengkhianat dan kaki ponteng |

0 Comments