MAHKAMAH TINGGI Kuala Lumpur pada Isnin menolak permohonan kedua Rosmah agar Hakim Mohamed Zaini Mazlan tidak mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta terhadap Rosmah Mansor.
Zaini dalam menolak permohonan Rosmah itu berkata permohonan kedua ini adalah berdasarkan kepada asas yang sama dengan permohonan pertama, iaitu beliau juga merupakan hakim yang membicarkan kes perbicaraan hibrid solar Rosmah.
Hakim itu berkata bagaimanapun pemohon (Rosmah), kini telah memohon untuk memasukkan dua lagi kes yang beliau kendalikan iaitu kes pelucuthakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana pemohon adalah salah seorang responden dan kes audit 1MDB.
“Apa yang pemohon lakukan dengan memasukkan dua kes tambahan itu, hanya menambahkan ‘warna’ pada permohonannya. Bagaimanapun pada asasnya sama seperti alasan yang dikemukakan pada permohonan pertama, kerana ia berkaitan kepada penglibatan dan keputusan yang saya buat dalam kes-kes ini.
“Saya perlu tambah bahawa saya bingung apabila pemohon telah menyebut kes pelucuthakan 1MDB dan kes audit 1MDB dalam permohonannya. Dalam kes pelucuthakan 1MDB, saya telah menolak permohonan pendakwaan untuk melucuthakan harta miliknya.
“Kes audit 1MDB sebaliknya tidak berkaitan dengan pemohon langsung. Saya berpandangan bahawa pemohon perlu dihentikan daripada mengemukakan permohonan lagi untuk penarikan diri hakim. Doktrin ‘res judicata’ terpakai dalam permohonan kedua ini,” katanya.
Zaini berkata hujah-hujah awal yang telah dikemukakan oleh pemohon dalam kes pelucuthakan 1MDB dan kes audit 1MDB boleh dilihat semula dalam permohonan pertama, kerana ia berada dalam pengetahuan pemohon pada ketika pmohonan pertama dibuat.
“Kepentingan awam menuntut bahawa mesti ada penamat kepada litigasi, dan pihak-pihak berkenaan tidak seharusnya dibenarkan untuk membuat litigasi terhadap isu yang sama berulang kali. Maka dengan ini permohonan pemohon adalah ditolak,” katanya.
![]() |
Percubaan kedua Rosmah singkir Zaini gagal |
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
0 Comments