KERAJAAN persekutuan diketuai Ismail Sabri Yaakob digesa supaya bertindak segera untuk mengawal harga barang yang kini dilapor melonjak di luar kawalan.
Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam satu kenyataan memberi contoh kenaikan harga tepung gandum yang kini dijual pada harga RM3 sekilogram iaitu 50 sen lebih mahal manakala susu pekat dijual pada RM3.80 iaitu meningkat 60 sen.
“Begitu juga cili padi kini dijual RM25 sekilo. Sebelum ini harganya RM17 sekilo,” kata kenyataan tersebut.
Jawatankuasa itu dianggotai wakil-wakil rakyat parti-parti komponen HARAPAN termasuk KEADILAN, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Mereka antaranya Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat, AMANAH); Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP); Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP); Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP) dan Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah, DAP).
![]() |
Umat Islam terbeban hadapi Ramadhan |
“Kami bagi pihak Pakatan Harapan menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna supaya segera menjalankan penguatkuasaan yang menyeluruh di seluruh negara,” kata kenyataan itu.
0 Comments