AHLI PARLIMEN Lembah Pantai Fahmi Fadzil bimbang aplikasi MySejahtera mampu mengulangi skandal kebocoran data pengguna yang pernah dikaitkan dengan sebuah syarikat dilantik kerajaan sebelum ini.
Dipetik laporan Malaysiakini, Pengarah Komunikasi parti KEADILAN itu berkata, kaedah aplikasi MySejahtera yang diwajibkan keatas rakyat negara ini ketika pendemik Covid-19 telah mengumpul dan menyimpan data peribadi kira-kira 38 juta pengguna.
“Aplikasi MySejahtera, jika anda lihat semula ketika penubuhannya, mana-mana pihak yang meluluskan KPISoft Sdn Bhd (kemudian dinamakan semula kepada Entomo Malaysia Sdn Bhd) untuk membangunkan aplikasi ini dan seterusnya memonopoli semua data sedia ada.
“Rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai pilihan
untuk tidak menggunakan MySejahtera dan isunya sama dengan (yang
dipertikaikan pada) Nuemera, sama seperti masalah sedia ada dalam
aplikasi MySejahtera - di manakah sebenarnya data kami semua disimpan?
“Dari
segi skala, MySejahtera kini mengendalikan kira-kira 38 juta akaun
pengguna. Nuemera mengendalikan 46.2 juta. Jadi kita bercakap tentang
sejumlah data yang besar.
"Terlalu banyak persoalan, terlampau banyak benda yang mengingatkan saya tentang Nuemera," kata Fahmi menurut laporan itu.
Sebagai rekod, Nuemera Sdn Bhd didakwa terlibat dalam kes kebocoran data peribadi, melibatkan 46.2 juta pengguna.
Nuemera dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk monopoli data daripada syarikat telekomunikasi pada 2014 yang memaksa syarikat berkenaan menyerahkan semua data pengguna mereka kepada Nuemera.
Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu telah menamatkan kontrak dengan Nuemera (M) Sdn Bhd pada 2019 dan siasatan jenayah berhubung perkara itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Namun pada Okt 2019, sebagai balas terhadap jawapan bertulis parlimen bertarikh 14 Oktober
2019 di mana Kementerian mengatakan kontrak
Nuemera telah ditamatkan berikutan kebocoran data itu., Nuemera (M) Sdn Bhd tampil dengan dakwaan bahawa siasatan pihak berkuasa mendapati tida bukti syarikat itu terlibat dalam kebocoran data paling besar di negara ini.
![]() |
Apa rasional lantik Entomo bangunkan MySejahtera? |
Justeru, beliau menggesa Adham Baba atau Muhyiddin Yassin yang masing-masing merupakan menteri kesihatan dan perdana menteri ketika aplikasi itu dibangunkan, mesti menjelaskan alasan di sebalik memilih Entomo untuk membangunkan aplikasi berkenaan.
0 Comments