PRESIDEN Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Hong Yeam Wah menafikan tanggapan bahawa masyarakat Cina di negeri itu mengalu-alukan lawatan bekas perdana menteri Najib Razak ke Pulau Pinang.
Hong dipetik laporan Malaysiakini berkata, PCCC tidak mungkin menjemput atau mengalu-alukan Najib - yang telah disabitkan kesalahan rasuah - ke negeri itu kerana ahli-ahli perniagaan yang menganggotai Dewan perniagaan itu mengutamakan integriti melebihi segalanya.
Beliau menegaskan perkara itu selepas Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan Zhang Malaysia, Anthony Chang Wei Loon dalam satu majlis sebelum ini berkata dia mengalu-alukan kedatangan Najib bagi pihak masyarakat Cina Pulau Pinang.
“Bagaimana dia (Chang) boleh mewakili kami? PCCC mempunyai sejarah lebih seratus tahun, dan lebih 10,000 ahli meliputi semua industri di Pulau Pinang.
"Hampir semua ahli perniagaan di sini adalah ahli kami, bukan ahlinya
“Jadi pada dasarnya, kami tidak akan menjemput atau mengalu-alukan Najib ke majlis kami atau mengalu-alukan beliau ke Pulau Pinang.
“Kamu telah melakukan jenayah dan kamu datang ke sini untuk menghadiri acara yang bersifat politik. Kami sentiasa menegaskan bahawa pemimpin tidak sepatutnya melakukan rasuah ," kata Hong menurut laporan itu.
Sebagai rekod, pada Julai lalu, Najib yang merupakan bekas Presiden UMNO telah didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Ketika membacakan hukuman itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan Najib dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.
Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. Ini bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Najib yang juga adalah Ahli Parlimen Pekan sedang merayu terhadap sabitan rasuah yang dikenakan ke atasnya.
Sementara itu, Hong enggan mengulas mengenai pemimpin masyarakat Cina Pulau Pinang lain yang menghadiri majlis dihadiri Najib semalam.
“Itu urusan mereka. Untuk PCCC, kami tidak akan menjemput beliau (Najib) untuk datang. Ahli perniagaan sentiasa menekankan bahawa pemimpin harus mempunyai integriti dan bebas daripada rasuah," tegas Hong.

![]() |
Mahkamah sahkan Najib pecah amanah |