Rafizi bidas Najib, ada menteri banyak tapi tiada formula berkesan


NAIB PRESIDEN
parti  KEADILAN Rafizi Ramli membidas Najib Razak selepas bekas Perdana Menteri itu mempersendakannya sebagai ‘raja formula songsang’.

Pada Majlis Perasmian Ayuh Malaysia yang disiarkan di Facebook, malam tadi, Rafizi yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen menegaskan bahawa formula adalah penting kerana dari langkah itu dapat mencari cara penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Merujuk kepada era pentadbiran Najib yang kemudian ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Rafizi secara sinis berkata walapun Najib mempunyai saiz kabinet yang besar ketika mentadbir negara, namun gagal menyelesai banyak isu rakyat.

“Paling kurang saya ada formula, ini kamu ada menteri berlambak ni, satu formula pun tak ada.

“Kenapa formula penting sebab apabila kita bentangkan sesuatu idea, Umno tak faham idea, dia cuma tahu formula sahaja,” kata Rafizi.

Kerajaan Najib ditumbangkan rakyat pada PRU14
Najib baru-baru ini melabel Rafizi sebagai ‘raja formula songsang’ selepas Rafizi berkata Najib berkesan menjadi pembangkang ‘de facto’ apabila merampas keupayaan pembangkang untuk berhubung dengan rakyat setiap hari di media sosialnya.

“Dia ambil pendekatan populis untuk menyuarakan isu harian yang biasa kita lakukan semasa kita jadi pembangkang. Jadi, secara berkesan, Najib adalah pembangkang de facto kepada kerajaan,” kata Rafizi dalam satu wawancara bersama Malaysiakini.

Post a Comment

0 Comments