Najib "drama king desperado", kata pemimpin KEADILAN


 


BEKAS perdana menteri Najib Razak didakwa sebagai "drama king desperado" yang membuat "pementasan drama" bagi mendapat simpati orang awam.

Pengarah Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang Amir Ghazali berkata begitu sebagai merujuk tindakan Ahli Parlimen Pekan itu yang berkunjung di negeri itu baru-baru ini.

Tambahnya dalam kenyataan, Najib yang mungkin berdepan hukuman penjara dalam kes rasuah SRC International menyasarkan masyarakat Cina.

"Siapa pun boleh mengatur orang-orang atau penyokong yang masih ada untuk ditumpukan ke ceramah.

"Kami tahu, ramai yang hadir adalah saki-baki penyokong 'Bossku' yang telah disusun awal untuk memenuhi acara tersebut.

"Maka tindakan ala 'desperado' diperlukan untuk meraih simpati rakyat," katanya.

Najib pada Jumaat menghadiri acara rasmi dan tidak rasmi dengan kebanyakannya dengan penyertaan masyarakat Cina.

Dia menyampaikan ucap tama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Pulau Pinang (Pibis) selain berkunjung ke Teoh Kongsi, pasar malam di Jelutong dan juga jeti Chew.

Namun Amir berpandangan kebanyakan penduduk Pulau Pinang tidak akan melupakan bagaimana mereka dipinggirkan oleh Najib ketika dia menjadi perdana menteri kerana negeri itu ditadbir DAP.

Orang ramai jelasnya bijak menilai tindakan seorang individu yang sarat dengan tuduhan mahkamah dan berkemungkinan bakal ke penjara.

"Justeru, saya ucap tahniah juga di atas pementasan drama yang boleh dijadikan kenangan terindah untuk di bawa ke penjara nanti oleh 'Bossku'.

Rakyat tak bodoh untuk menilai


"Saya juga menyeru agar seluruh rakyat Malaysia memahami sebaiknya akan trend terkini iaitu semakin Umno BN berkuasa, makin teruk rakyat merana terseksa," katanya lagi.


Terdahulu Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Hong Yeam Wah menafikan tanggapan bahawa masyarakat Cina di negeri itu mengalu-alukan lawatan Najib ke Pulau Pinang.

BACA:
Tak benar tanggapan kaum Cina Pulau Pinang 'terima ' Najib

Hong berkata PCCC tidak mungkin menjemput atau mengalu-alukan Najib – yang telah disabitkan kesalahan rasuah – ke Pulau Pinang. Ini kerana katanya, ahli-ahli perniagaan mengutamakan integriti melebihi segalanya
 

Post a Comment

0 Comments