SEORANG taikun hartanah, Lee Kim Yew, tampil mengkritik slogan “Malu Apa Bossku” yang digunakan penyokong bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam kempen mereka.
Melalui surat dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh dan kemudian dikongsi di laman Facebooknya, Lee berkata slogan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan “ajaran Islam” malah adalah “penghinaan” kepada masyarakat.
Menggambarkan kempen tersebut sebagai “virus korona menjangkiti minda anak muda dan orang tua”, pengasas dan pengerusi eksekutif Country Heights Holdings Bhd itu mahu penyokong Najib berhenti dari kempen itu.
“Tindakan mempromosikan kempen ‘Malu Apa Bossku’ atau menguar-uarkan secara terbuka adalah satu bentuk penghinaan kepada masyarakat kita.”
“Rasa malu adalah elemen asas dalam moral kita, namun bagi yang tidak ada rasa malu ia adalah penghinaan paling teruk yang mencemarkan kepercayaan manusia,” katanya.
Lee turut mempersoalkan bagaimana Najib masih dibenarkan berkempen di PRN Johor walaupun sudah disabit bersalah dalam kes SRC International. Beliau turut menyarankan masyarakat menentang “Malu Apa Bossku”, selain berkata,
Selain kepada pengerusi SPR, Lee turut memberitahu bahawa beliau sudah mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja membabitkan perkara itu.
Terdahulu pada 2019, ketika sensasi kempen itu dimulakan, ia turut dikritik seorang penceramah bebas.
Penceramah itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.
“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?
“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.
“Tiba-tiba kau ajar 'malu apa bossku' dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” katanya.
Walaupun tidak menyebut secara langsung nama bekas Presiden Umno itu, dia dipercayai merujuk kepada Najib apabila salah satu muatnaiknya memuatkan lakaran gambar Ahli Parlimen Pekan itu menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen tersebut.

![]() |
Rasa malu elemen asas moral manusia |

0 Comments