SPRM perlu jelaskan mengapa kes Muhyiddin, Tajuddin diklafikasikan NFA

KEPUTUSAN Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPR) untuk mengklasifikasi kes membabitkan bekas Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin dan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sebagai “Tiada Tindakan Lanjut” (NFA) dipersoal kumpulan antirasuah.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan berkata, SPRM perlu memberikan penjelasan dengan mendedahkan butiran lanjut mengenai keputusan itu untuk meyakinkan orang ramai bahawa tiada salah laku dilakukan kedua-dua individu itu.

“Orang ramai tidak akan terima keputusan NFA begitu sahaja, jadi SPRM mesti sediakan lebih banyak maklumat untuk meyakinkan orang ramai,” katanya dipetik laporan FMT.

Menegaskan bahawa orang ramai mengharapkan lebih ketelusan daripada kerajaan, Mohan berkata, mendedahkan lebih banyak butiran mengenai siasatan itu akan membantu SPRM menguruskan persepsi orang ramai.

Langkah itu juga menurutnya akan menunjukkan bahawa suruhanjaya itu telah melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk menyiasat kes itu.
Muhammad Mohan.

“Isunya di sini adalah persepsi orang ramai. Sebaik sahaja SPRM mengesahkan bahawa siasatan ke atas dakwaan itu sedang dijalankan, orang ramai akan berharapkan hasil,” katanya lagi.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPRM telah melengkapkan siasatan terhadap Mahiaddin dan didapati “tiada elemen kesalahan” bawah Akta SPRM.

Ia berkait rakaman audio yang tidak dapat disahkan dan tular pada 2020 dimana seorang individu dipercayai Mahiaddin didakwa memberitahu Majlis Pimpinan Tertinggi parti bahawa beliau merancang menarik Ahli Parlimen Umno menyertai parti itu dengan menawarkan jawatan dalam Jemaah Menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tajuddin pula ditahan SPRM pada 28 Mei 2021 selepas dipecat sebagai pengerusi Prasarana, bagi membantu siasatan berhubung pelantikan menantunya di syarikat itu.

Wan Junaidi berkata, siasatan terhadap Tajuddin “mendapati tiada keterangan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku”, dengan kes itu diklasifikasikan sebagai “NFA”.

Jangan perlekeh kepercayaan rakyat
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel yang dipetik laporan sama berkata, ketelusan dalam perkara sebegitu menjadi penting memandangkan timbulnya defisit kepercayaan awam susulan kontroversi perdagangan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

“Bagi siasatan ke atas dakwaan rasuah terhadap Muhyiddin, jelas perlunya penjelasan yang lebih baik,” katanya.

Post a Comment

0 Comments