Jangan salahkan pembangkang, mengapa Zahid tak hadir undi Sosma - Ramkarpal


SEORANG Ahli Parlimen mempersoalkan apakah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Umno tidak hadir di Parlimen pada Rabu ketika pengundian usul berkaitan Sosma mempunyai tujuan tertentu.

Persoalan itu dibangkitkan Ramkarpal Sigh (DAP-Gelugor) setelah timbul naratif dari Zahid dan pemimpin Umno lain yang cuba mengambarkan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah melanggar MoU dengan kerajaan apabila usul bagi melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu gagal.

Dalam kenyataan, Ramkarpal berkata, ketidakhadiran Zahid dan Ahli Parlimen Umno lain sendiri sebenarnya telah menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan tidak mendapat sokongan parti itu.

Justeru Zahid tegasnya perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa Ahli Parlimen kerajaan tidak hadir untuk mengundi itu sehingga usul itu tertolak.

Sebagai rekod, usul dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin bagi melanjutkan subseksyen 4 (5) itu selama lima tahun lagi mulai 31 Julai itu tidak diluluskan dalam undian blok, selepas 85 Ahli Parlimen mengundi menyokong dan 86 lagi menentang. Baki 49 Ahli Parlimen tidak hadir.

Antara Ahli Parlimen Umno tidak hadir pada sesi pengundian itu selain Zahid ialah Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak dan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan.
 
Najib berkata, beliau tidak hadir ke Parlimen kerana berada di mahkamah berkaitan kesnya, manakala Ahmad Maslan pula berkata dia tiada dalam dewan kerana difahamkan tiada undian akan diadakan.

Di pihak kerajaan, antara menteri tidak hadir pengundian ialah Menteri Kanan, Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa adalah antara anggota Kabinet yang tidak hadir untuk mengundi berdasarkan hansard Parlimen.

Susulan penolakan usul itu, Zahid dalam catatan di Facebooknya berkata, pembangkang melanggar Perkara 3 dalam memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

“Perkara 3 dengan jelas menegaskan pihak pembangkang hendaklah bersetuju atau berkecuali dalam apa-apa usul yang dibawa kerajaan. Ia adalah salah satu langkah yang diambil bagi mewujudkan kestabilan politik dalam pentadbiran semasa.” katanya sambil menambah gesaan supaya kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob segera keluar daripada belenggu kerjasama yang lemah yang dirujuk sebagai persefahaman ditandatangani Ismail bersama

“Kerajaan mesti mempunyai majoriti tersendiri. Majoriti yang kuat dan tidak mengharapkan ihsan serta budi bicara pembangkang,” katanya dalam catatan Facebook.

Sementara itu Ramkarpal menegaskan  dalam kes rang undang-undang (RUU) SOSMA itu, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook mendakwa kerajaan tidak berunding dengan pembangkang sebelum membentangkannya.

“Justeru, pembangkang tidak bertanggungjawab untuk menyokongnya.

Ramai Ahli Parlimen k'jaan tak hadir undian
“Malah, saya pasti pembangkang akan membantah sekalipun dengan rundingan kerana kami menentang SOSMA sejak mula disebabkan sifat drakoniannya.” katanya sambil menyifatkan kenyataan Zahid sebagai “tidak masuk akal”, Ramkarpal berkata, ini menunjukkan presiden Umno itu tidak memahami terma MoU berkenaan.

"Perkara 3.3(b) jelas menyatakan pembangkang bersetuju menyokong atau mengelak daripada mengundi mana-mana RUU kerajaan hanya setelah ia dirundingkan dan dipersetujui pembangkang.

BACA: MoU tak batal bila pembangkang tolak usul Sosma - Anwar


“Dalam erti kata lain, mesti ada rundingan dengan pembangkang terlebih dahulu, sebelum timbul soal menyokong atau tidak mengundi.

“MoU itu tidak sekali-kali bertujuan menyebabkan pembangkang menjadi ‘pak turut’ kepada semua RUU kerajaan kerana peranan pembangkang sebagai semak dan imbang kerajaan akan sentiasa diutamakan,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments