BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Group Roger Ng yang dikaitkan dengan rasuah membeli sebuah jam pasir bersalut emas bernilai USD20,000 dan barang kemas berlian berharga USD300,000 dengan wang syarikat 1MDB yang diselewengkan.
Perkara itu didedahkan seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kepada juri dalam perbicaraan di Mahkamah Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Ejen FBI Sean Fern berkata dia berjaya menjejaki wang USD35 juta dari syarikat itu yang menurut pendakwa raya diperolehi Ng sebagai sebahagian daripada rancangan global untuk menyelewengkan berbilion dolar daripada 1MDB.
Fern berkata, dia menjejaki bagaimana dalam tempoh beberapa minggu selepas urus niaga bon pertama 1MDB dimuktamadkan pada Mei 2012, sekurang-kurangnya USD24.4 juta dipindahkan daripada akaun Chan ke akaun luar pesisir yang dikawal oleh ibu mentua Ng, Tan Kim Chin.
Dua lagi urus niaga pada 2013 katanya membabitkan penyaluran USD10.7 juta daripada yang akaun dikawal Chan kepada akaun luar pesisir yang dikawal Tan.
Ng dituduh bersubahat dengan bekas bosnya, Tim Leissner dan Low dalam penipuan itu. Leissner yang telah mengaku salah dan memberi keterangan untuk kerajaan berkata, dia memperoleh lebih USD60 juta bagi peranannya dalam rancangan itu dan mengarahkan Ng dibayar USD35.1 juta menerusi akaun yang dikawal oleh bekas isteri Leissner, Judy Chan.
Pendakwa raya memanggil Fern untuk menerangkan bagaimana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa dalang rancangan itu, mengeluarkan beratus juta dolar daripada urus niaga bon 1MDB untuk menyogok pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi serta pegawai bank Goldman yang membantunya.
Perkara itu didedahkan seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kepada juri dalam perbicaraan di Mahkamah Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Ejen FBI Sean Fern berkata dia berjaya menjejaki wang USD35 juta dari syarikat itu yang menurut pendakwa raya diperolehi Ng sebagai sebahagian daripada rancangan global untuk menyelewengkan berbilion dolar daripada 1MDB.
Fern berkata, dia menjejaki bagaimana dalam tempoh beberapa minggu selepas urus niaga bon pertama 1MDB dimuktamadkan pada Mei 2012, sekurang-kurangnya USD24.4 juta dipindahkan daripada akaun Chan ke akaun luar pesisir yang dikawal oleh ibu mentua Ng, Tan Kim Chin.
Dua lagi urus niaga pada 2013 katanya membabitkan penyaluran USD10.7 juta daripada yang akaun dikawal Chan kepada akaun luar pesisir yang dikawal Tan.
Ng dituduh bersubahat dengan bekas bosnya, Tim Leissner dan Low dalam penipuan itu. Leissner yang telah mengaku salah dan memberi keterangan untuk kerajaan berkata, dia memperoleh lebih USD60 juta bagi peranannya dalam rancangan itu dan mengarahkan Ng dibayar USD35.1 juta menerusi akaun yang dikawal oleh bekas isteri Leissner, Judy Chan.
![]() |
Rakyat terpaksa tanggung hutang 1MDB |
0 Comments