Isu HARAPAN cabul MoU dianggap sebagai helah Umno tekan PM

 


TINDAKAN Umno-BN yang semakin galak mendakwa berlaku pencabulan MoU susulan kegagalan kerajaan meluluskan usul berkaitan Sosma dianggap sebagai satu helah bagi menjayakan kempen mereka.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Razak Ridzuan dalam satu kenyataan berkata, selain cuba menjadikan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai 'kambing hitam', Umno-BN tidak pula mempersoalkan komitmen kehadiran ahli-ahli Parlimen pihak kerajaan yang menjadi punca usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi gagal.

“Sikap berpura-pura yang dibuat oleh Umno-BN dilihat hanya sebagai helah untuk memanipulasi kempen ‘kestabilan’ mereka.

“Walhal, merekalah (terutamanya kluster mahkamah) yang menjadi punca huru-hara politik Malaysia pasca PRU 2018,” katanya.

Keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong usul dibawakan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin itu manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir ketika .

Ia menjadi sejarah buat pertama kali kerajaan gagal meluluskan usul dikemuka mereka.
 
Isu itu telah digunakan beberapa pemimpin Umno termasuk presidennya, Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa supaya perdana menteri, Ismail Sabri membatalkan MoU dengan pembangkang ditengah-tengah desakan supaya Parlimen dibubarkan.

Walaubagaimanapun beberapa pemimpin HARAPAN, termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu kegagalan kerajaan meluluskan usul itu tidak ada kena mengena dengan MoU ditandatangani mereka.

Rakyat mesti tolak pemimpin banyak helah
Melihat sikap ditunjukkan pemimpin Umno itu, Razak menyeru pengundi dan penyokong pembangkang bangkit dengan penuh semangat berarak sekali lagi ke peti-peti undi menolak Umno-BN dan tongkat mereka pada PRU-15 akan datang.

Tindakan itu, tambahnya, bagi menyatakan pendirian yang jelas menolak pendekatan politik lapuk dan rasis perkauman termasuk menghukum penyamun-penyangat yang telah menghina akal budi rakyat Malaysia.

Post a Comment

0 Comments