KEADILAN menegaskan bahawa parti itu mahu menumpukan kepada calon terbaik untuk ditawarkan kepada rakyat Johor berbanding mengumumkan calon Menteri Besar Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika ini.
Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution dalam satu sidang media berkata, parti itu bersama parti komponen dalam HARAPAN hanya akan menamakan calon Menteri Besar selepas rakyat memberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN).
“Saya katakan buat masa ini fokus kami adalah menawarkan calon terbaik kami pada rakyat.
“Setelah itu bila rakyat memberikan mandat dan keyakinan, biar dasar lawan dasar. Bukan calon lawan calon. Ia bukan soal meletakkan calon Menteri Besar untuk dipadankan dengan calon Menteri Besar,” katanya dipetik.
Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang sebagai calon Menteri besar.
Maszlee bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Sementara itu Saifuddin berkata, sejarah kerjasama parti itu bersama rakan gabungan lain bertanding dalam pilihan raya sebelum ini juga pernah tidak mengumumkan calon Menteri Besar mereka.
Fokus tawar calon wakil rakyat terbaik |
“Tidak ada umum. Lepas rakyat beri mandat, Nizar dipilih menjadi Menteri Besar dan dia seorang Menteri Besar sangat efektif untuk semua kaum,” katanya lagi.
0 Comments