UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjadikan isu berkaitan Felda setiap kali menghadapi pilihan raya, namun perkara itu tidak pernah selesai dengan baik sehingga kini.
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik laporan Utusan berkata, janji untuk menyelesaikan isu peneroka Felda terbabit termasuk generasi kedua akan sentiasa diulang oleh BN dan kini Perikatan Nasional (PN) mengikut langkah serupa.
“Setiap kali pilihan raya, UMNO, BN dan kini PN juga akan uar-uarkan nak selesai, tapi belum (diselesaikan). Almarhum Tun Abdul Razak (Hussein) yang memberikan gagasan besar Felda untuk bantu rakyat miskin.
“Malangnya bawah anak dia (Datuk Seri Najib Razak) dengan FGV (Holdings Berhad) masalah Felda ini balik (kembali),” katanya.
Presiden KEADILAN itu sebelumnya hadir kempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat minggu lalu.
Sementara itu tambahnya, masalah penempatan generasi kedua Felda sebenarnya sentiasa dibangkitkan oleh Ahli Parlimen HARAPAN di Dewan Rakyat kerana ia merupakan satu agenda yang belum selesai.
Isu Felda tak selesai sepanjang BN memerintah |
“Cuma nasib baik sekarang ini harga kelapa sawit ini naik. Tapi kita bergantung nasib di situ sahaja. Dia turun, lingkup kita. Kalau naik selesa sekejap dan yang kita nak ubah adalah strukturnya termasuk jaminan untuk generasi kedua,” ujarnya dipetik laporan itu.
0 Comments