Air percuma, TWENJ dan Kad Sihat kembali jika HARAPAN jadi k'jaan


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) Johor mengumumkan tawaran kepada rakyat negeri Johor sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya negeri dan membentuk kerajaan negeri.

Tawaran itu berdasarkan tiga teras utama bagi membina semula ekonomi rakyat, menjamin kesejahteraan rakyat dan mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.

Antara yang ditekankan adalah untuk mengembalikan semula pelbagai program kebajikan diperkenalkan mereka sepanjang tempoh pentadbiran namun dihentikan atau dimansuhkan selepas Barisan Nasional (BN) berkuasa.

"Ada tawaran-tawaran yang kita kemukakan pada pilihan raya umum ke-14 yang tidak pernah ditawarkan kerajaan BN ketika memerintah sepanjang 60 tahun.

"Contohnya air percuma, Kad Sihat, insentif Siswa Harapan kita tambahkan jumlah bilangan kepada mahasiswa dan juga Takaful Warga Emas, di mana sebahagian yang kita tawarkan ini dibatalkan atau tidak diteruskan,” kata Pengerusinya, Aminolhuda Hassan.

Difahamkan, Perikatan Nasional (PN) dalam ikrar pilihan rayanya juga membuat janji serupa untuk mengembalikan beberapa program kebajikan yang diperkenal ketika era pentadbiran HARAPAN.

PN diketuai oleh Bersatu dahulunya merupakan sebahagian daripada gabungan itu sebelum memutuskan untuk keluar gabungan dan berkerjasama bersama UMNO, PAS dan beberapa Ahli Parlimen lain yang seterusnya membawa kepada kejatuhan kerajaan HARAPAN di peringkat nasional.

HARAPAN dalam tawaranya juga turut bercadang mengubal undang-undang lompat parti di negeri itu.

Pengerusi KEADILAN Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata rancangan itu adalah selari dengan perkembangan di peringkat pusat.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang turur bersama ketika pengumuman tawaran itu pula berkata banyak dasar yang diperkenalkan oleh gabungan itu kini mula diterima oleh musuh politik mereka.

Banyak parti lain cuba 'tiru' tawaran HARAPAN
Selain undang-undang anti lompat parti, ia juga meliputi dasar jawatankuasa pengawasan di DUN dan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

"Ini semua idea diperkenalkan oleh HARAPAN sejak 2008. Ini idea-idea kami bentangkan dan kami cadangkan sejak dulu lagi dan sekarang ini kita dapati pihak sana terima idea-idea kita,” katanya.

Post a Comment

0 Comments