PRESIDEN Umno, Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini menuduh dia meminta pertolongan bagi melepaskan diri daripada kes mahkamah.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang kini berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi melalui catatan di laman Facebooknya menyifatkan dakwaan oleh Mahiaddin Md Yassin itu sebagai fitnah.
Tambah Zahid, bagi membuktikan dirinya di pihak yang benar, dia sanggup melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada dakwaan Mahiaddin itu.
“Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Muhyiddin ke atas saya.
“Jadi saya ingin bertanya, adakah beliau juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama? Iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?,” soal Zahid.
Pada 17 Feb lepas, Muhyiddin mengulangi dakwaannya bahawa dua pemimpin kanan Umno membawa timbunan fail dan cuba meminta beliau untuk berbuat sesuatu tentang kes mahkamah yang mereka hadapi ketika di adalah perdan menteri. Menamakan dua pemimpin itu sebagai Ahmad Zahid dan Najib Razak
Mahiaddin mendakwa, beliau enggan melayani permintaan itu kerana tidak mahu mencampuri urusan mahkamah.
Susulan keengganannya itu, dia mendakwa hilang jawatan Perdana Menteri, selepas Ahmad Zahid mengetuai 15 Ahli Parlimen Umno, menarik balik sokongan dalam Dewan Rakyat.
Zahid dakwa Mahiaddin amal "Schame of thing' |
“Sedangkan, sewaktu beliau menjadi Menteri Dalam Negeri, beliau yang pada satu peringkat hampir menandatangani pembatalan pendaftaran Umno.
“Malah, semasa beliau masih menjadi PM, beliau yang ligat membuat percaturan belakang dengan menyusun pelbagai usaha dan pelan untuk memecahbelahkan Umno dari dalam. Ini termasuklah dengan menawarkan 'scheme of things' kepada beberapa anggota pimpinan Umno,” katanya.
0 Comments