Wakil rakyat HARAPAN di kedah ambil sikap tunggu dan lihat


KESEMUA
sebelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan  Harapan (HARAPAN) Kedah mengambil keputusan 'tunggu dan lihat' mengenai apa-apa kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah akan diadakan selepas PRN Johor.

Pengerusi HARAPAN Kedah, Datuk Johari Abdul dipetik laporan Awani berkata, tindakan itu selepas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor beberapa kali menegaskan bahawa tidak berlaku 'kekecohan' dalam kalangan wakil rakyat kerajaan di negeri itu.
 
"Dalam kes ini, kita lihat Menteri Besar, (Muhammad Sanusi) berkali-kali menyatakan bahawa tidak berlaku kekecohan di kalangan (ADUN) parti pemerintah, jadi kita (ambil pendekatan) tunggu dan lihat.

“(Mengenai ajakan dari ADUN BN untuk tarik sokongan itu) saya belum dengar lagi (dan dakwaan ada gerakan dari ADUN PH untuk jatuhkan kerajaan negeri pun) belum dengar lagi,” katanya dipetik.

Minggu lalu, beberapa pihak termasuk Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri mencabar Sanusi untuk mengumumkan penamatan kerjasama Muafakat Nasional (MN) di Kedah dan segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ada khabar angin k'jaan PAS kedah akan runtuh
Sanusi sebelum itu, menyatakan dakwaan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan daripada empat ADUN terhadap kepimpinannya hanya khabar angin.

ADUN Bandar Baharu dari BN, Datuk Norsabrina Mohd Noor ketika ditemui juga turut menafikan dakwaan bahawa dia bersama seorang lagi wakil rakyat parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Kedah.