CALON parti KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Tenggaroh, Zulinah A Johari mahu lebih banyak peluang pekerjaan khususnya untuk golongan belia diwujudkan di Mersing
Dalam laporan oleh Awani, Zulina berkata peluang pekerjaan itu dapat diwujudkan dengan membangunkan lebih banyak kawasan perindustrian.
“Pelancongan memang satu peluang yang baik di Mersing tapi kita perlu bangunkan lebih meluas kerana sebelum ini memang ada kawasan industri tapi tak bertahan lama.
“Dulu kita memang ada kawasan kilang yang buka banyak peluang pekerjaan terutamanya untuk anak Felda tapi tak mampu bertahan,” katanya.
Bercakap mengenai peluang pekerjaan terhadap golongan belia, Zulinah mengakui isu tersebut sememangnya menjadi ‘buah mulut’ penduduk setempat.
“Kita memang daerah pelancongan... sepatutnya banyak peluang pekerjaan jadi mereka (anak muda) tak perlu tinggalkan Mersing.
“Kita sedar peluang pekerjaan memang terhad, jadi ramai anak muda bila habis sekolah mereka akan tinggalkan Mersing dan kerja di luar seperti ke Singapura misalnya,” katanya lagi menurut laporan itu.
Justeru, beliau berhasrat untuk mewujudkan kawasan perindustrian kecil bagi membuka lebih banyak peluang terhadap penduduk setempat.
Peluang pekerjaan anak muda perlu diwujudkan |
Disebabkan itu, usaha untuk membangunkan kawasan industri itu penting bagi memastikan penduduk tidak terbelenggu untuk mencari pekerjaan.
0 Comments