ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) tidak akan memboikot dan mensabotaj calon kerusi Puteri Wangsa dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor kelak.
Pendirian itu dinyatakan Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Ab Razak susulan tindakan rakan komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) menyerahkan kerusi yang dirancang ditandingi Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis itu kepada parti MUDA.
Tegas Ahmd Syukri, parti itu bukanlan baharu ditubuhkan dan amat memahami isu yang perlu diutamakan berbanding merebut kerusi walaupun tindakan menyerahkan kerusi berpotensi itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati kepada sebahagian penyokong.
“Diakui ada rasa kurang senang dalam kalangan akar umbi PKR berkenaan kerusi diserahkan kepada MUDA termasuk Puteri Wangsa.
“Kami sangat memahami dan keutamaan kita ialah memenangi PRN kali ini. Kita mahu menumbangkan BN dan PN, jadi, ini bukan masanya hendak sabotaj.
“Tetapi, kita masih lagi dalam rangka menghormati kerusi itu telah menjadi milik Amanah. Amanah pula menyerahkan kepada MUDA, jadi, kita rasa agak ganjil dan pelik,” katanya kepada FMT
Baru-baru ini, Amanah dan DAP memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi dalam PRN Johor, iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.
Susulan itu, beberapa pemimpin akar umbi meluahkan rasa tidak puas hati atas keputusan Amanah menyerahkan Puteri Wangsa.
Amanah serah kerusi kepada MUDA |
BACA: Kerusi DUN Puteri Wangsa wajar dipulangkan kepada Napsiah
Malah Timbalan Ketua Penerangan parti KEADILAN, Manivanan Gowin menggesa MUDA menyerahkan semula kerusi itu untuk ditandingan Napsiah - anak tempatan yang telah menjalankan gerak kerja secara agresif di DUN tersebut sejak lebih setahun lalu.
Daripada enam kerusi yang diberikan kepada MUDA, Puteri Wangsa dilihat sebagai kerusi paling berpotensi untuk dimenangi memandangkan PH – sebelum itu Pakatan Rakyat – adalah penyandang di kawasan itu selama dua penggal.
0 Comments