BEKAS bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye dilantik sebagai pengerusi sementara KEADILAN Perak sehingga pemilihan parti diadakan pada April depan.
Keputusan melantik Ahli Parlimen Gopeng itu bagi menggantikan Wafa Salvador Rizal Mubarak diumumkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak yang diadakan semalam.
"Mesyuarat ini telah memuktamadkan beberapa perkara antaranya dengan melantik Dr Lee Boon Chye sebagai pengerusi sementara MPN Perak sehingga tamat pemilihan parti yang akan selesai pada akhir April 2022.
"Pelantikan Lee yang juga ketua Cabang Gopeng ini adalah bagi menggantikan saudara Farhash Wafa Salvador yang telah meletakkan jawatan sebagai ketua Cabang Kuala Kangsar dan ketetapan parti adalah untuk melantik pengerusi MPN hanya di kalangan ketua-ketua cabang," kata Anwar dalam kenyataan di Facebook.
Sandang jawatan hingga pemilihan |
Langkah itu dilihat sebagai cubaan menempatkan diri di kawasan itu bagi mencabar kerusi penyandang, Mohamed Azmin Ali yang keluar dari parti itu bagi menyertai 'Langkah Sheraton' dua tahun lalu.
0 Comments