BEKAS Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menyelar tindakan Mohamed Azmin Ali yang mendabik dada dengan mendakwa kerajaan PN mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah kerajaan terbaik dalam menjalankan usaha pemulihan Covid-19.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, realitinya hanya beberapa bulan selepas Perikatan Nasional (PN) menguasai negara melalui 'Langkah Sheraton', Malaysia terus diserang gelombang ketiga Covid-19 yang merupakan malapetaka paling teruk dalam sejarah kesihatan awam negara.
“Bukan hanya PN bertanggungjawab mencetuskan gelombang ketiga tetapi mereka gagal untuk mengurusnyanya dengan cekap, cepat dan berkesan.
“PKP 3.0 dan ordinan darurat yang dipaksakan ke atas rakyat jelata pada Januari 2021 tidak berjaya melunturkan lengkung pandemik.
“Jelas bahawa Fiqh wabak, serta prinsip dan pengurusan wabak PN agak ketinggalan zaman. Tidak kontemporari dan kurang idea yang bernas untuk menangani virus Covid-19 yang amat merbahaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai rekod, ketika negara ditadbir HARAPAN, gelombang pertama kes Covid-19 telah berjaya diurus dengan berkesan, sehingga berjaya mewujudkan situasi tiada kes jangkitan selama 11 hari, iaitu di antara 15 Februari 2020 hingga 27 Februari 2020
Akhir Februari tahun yang sama juga menyaksikan berlaku peralihan tampuk pemerintahan negara apabila kerajaan HARAPAN dijatuhkan.
Negara dilanda gelombang kedua bermula 27 Februari dan selepas itu beberapa siri sekatan perjalanan telah dikuatkuasa. Kerajaan PN turut mengusulkan perintah darurat untuk mengawal penularan wabak itu namun tidak membuahkan hasil diharapkan.
Beliau turut mengingatkan kepada kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu yang pernah mendakwa mungkin ramai rakyat Malaysia akan mati disebabkan Pakatan Harapan (HARAPAN)
Azmin haru-baru ini mendakwa kejayaan PN telah diiktiraf masyarakat dunia dengan Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei meletakkan Malaysia di tangga ke-13 berbanding 115 pada tahun sebelumnya.
Dakwaan Azmin itu mengundang turutsindiran dari Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan bahawa Malaysia adalah negara paling teruk dalam ASEAN dan antara paling corot di dunia dalam kes Covid-19
Sementara itu Dzulkefly mengulas, kes Covid-19 yang terus melonjak, dengan kemasukan ke hospital bertambah dan kematian meningkat adalah akibat dari gelombang ketiga dimulakan PN.
Gelombang ketiga itu katanya, telah menyebabkan krisis kepada perkhidmatan kesihatan negara yang tidak berjaya menampung kes, menampung kemasukan hospital dan kematian Covid-19 yang meningkat secara mendadak.
“Hanya apabila politik pandemik diketepikan dan pakar kesihatan negara di dalam KKM dan di luar KKM digembelengkan secara inklusif dalam pasukan Greater Klang Valley Task Force (GKVTF), pandemik ini berjaya diurus dengan efektif dan perkhidmatan kesihatan dapat dikembalikan kepada sedia kala sehingga kini,” tambahnya.
Kes mencanak naik zaman k'jaan PN |
Jelasnya, politik PN menunggang pandemik untuk menyekat poses demokrasi dengan cara melaksanakan ordinan darurat, menangguh persidangan Parlimen dan memberi kezaliman kuasa kepada perdana menteri PN, telah menyebabkan Malaysia menuju ke arah negara autokrasi dan hancurnya demokrasi.
0 Comments