KETUA PEMBANGKANG di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan usul membincangkan pembongkaran amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan institusi khasnya Bank Negara (BNM) yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perkara itu dimaklumkan Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Menurut Anwar, usul itu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyatsusulan keterangan bekas Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat baru-baru ini.
“Ini adalah perkara yang memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan orang ramai.
“Ia juga perlu disegerakan kerana pembongkaran kes terkini terdedah ke peringkat antarabangsa dan memerlukan penjelasan segera kerajaan berikutan kegagalan agensi penguatkuasa negara khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan, menyiasat dan mendakwa mana-mana warganegara Malaysia jika terbabit dalam apa-apa kesalahan transaksi kewangan tersebut.
“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” kata Anwar lagi menerusi hantaran tersebut.
Azhar yang dipetik laporan Bernama mengesahkan pejabatnya telah menerima pemberitahu bersurat mengenai usul berkenaan.
"Pejabat saya telah menerima (pemberitahu bersurat) usul...saya masih belum putuskan (status usul sama ada diterima atau ditolak)," katanya ringkas kepada Bernama.
Usul dikemuka dibawah Peraturan Mesyuarat 18(1) |
Di Amerika (A.S) sedang berjalan perbicaraan membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, Roger Ng yang didakwa membantu penyelewengan dana kekayaan negara, 1MDB.
Dia menurut pendakwa raya menerima berjuta-juta dolar dalam bentuk sogokan kerana membantu menggelapkan dana dari syarikat itu.
Skandal berkaitan 1MDB dianggap sebagai antara terbesar di dunia.
Antara 2009 dan 2014 menurut laporan media yang memetik pendakwa raya mendakwa Goldman memperoleh bayaran AS$600 juta kerana membantu 1MDB menjual AS$6.5 bilion dalam bentuk bon, namun kira-kira AS$4.5 bilion daripadanya telah dialihkan, dan pegawai bank Goldman merasuah pegawai-pegawai untuk memperoleh perniagaan bagi bank itu.
Goldman pada 2020 membayar denda hampir AS$3 bilion dan mengatur supaya bahagiannya di Malaysia mengaku bersalah di mahkamah AS.

0 Comments