Speaker sangkal khabar angin DUN Johor bakal bubar

 


SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat menyangkal desas-desus kononnya DUN akan dibubar dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal diadakan.

Suhaizan dipetik laporan Malaysiakini berkata, Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelebihan satu kerusi, iaitu 28 berbanding 27 kerusi milik Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau berpendapat majoriti sangat tipis dimiliki kerajaan negeri susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian, 21 Disember lalu masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Selama ini pun kerajaan bertahan dengan majoriti yang nipis dan tiada sebarang masalah berlaku.

“Tempoh penggal pun masih ada satu tahun lagi. Tiada sebab yang jelas untuk DUN dibubarkan di tengah-tengah keperitan rakyat hadapi pandemik Covid-19,” jelasnya.

Suhaizan tolak khabar angin DUNbakal bubar
Terdahulu khabar berkaitan pembubaran DUN itu bertiup kencang sejak berakhirnya sidang DUN Khas pada Khamis lalu.

Pelbagai ura-ura diperkatakan termasuk bakal timbul ADUN Bebas dan tarikh akan berlangsungnya PRN Johor yang dijangka berlaku selepas selesai bencana banjir di negeri iaitu pada Januari atau Februari.


 

Post a Comment

0 Comments