PRN Johor: Anwar tolak cadangan kerjasama dengan Bersatu


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim  menolak cadangan agar gabungan itu menjalin bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anwar yang sebelum ini berkata bahawa HARAPAN akan menyatukan semua parti pembangkang termasuk dari luar gabungannya menegaskan bahawa Bersatu tidak menepati kriteria bagi menyertai mereka.

Presiden KEADILAN itu sebelumnya mengulas cadangan Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru Razrul Anwar Rusli supaya Bersatu pimpinan Mahiaddin Md Yassin kembali bekerjasama dengan HARAPAN bagi melawan Umno dalam pilihan raya itu.

“Tak bangkit, kita kata pembangkang, Bersatu pembangkang?” soalnya sema berjumpa dengan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden HARAPAN di Petaling Jaya semalam.

Sebagai rekod, Bersatu sebelum ini merupakan parti gabungan dalam HARAPAN yang membawa kejatuhan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu.

Walau bagaimanapun Bersatu mengambil langkah keluar daripada HARAPAN dan membawa kepada kejatuhan kerajaan HARAPAN pada Februari 2020.

Anwar tak terima Bersatu sertai pembangkang
Presiden Bersatu, Mahiaddin mengumpul sokongan dari Ahli Parlimen Umno dan PAS bagi mengambil alih kerajaan, sebelum akhirnya dijatuhkan berikutan penarikan semula sokongan Ahli Umno kepadanya.

Walaupun Bersatu yang merupakan parti utama dalam Perikatan Nasional (PN) merangkumi PAS, Gerakan, Star dan SAPP bersekutu dengan Umno-BN dalam kerajaan persekutuan, beberapa langkah politik dilakukan bagi menyingkirkan Bersatu dari kerajaan negeri antaranya di Perak dan terbaharu di Johor.

Post a Comment

0 Comments