SEORANG pemimpin Umno secara sinis menyindir pihak tertentu yang disifatkannya 'bermain banyak kolam' dalam politik.
Walaupun
tidak menyebut mana-mana pihak, kenyataan Ahmad Shabery Chik itu
dipercayai merujuk kepada PAS dan kepimpinannya yang kini bekerjasama
dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
Kata Ahmad Shabery, mereka yang suka bermain banyak kolam umpama "berudu" yang bergantung kepada air sebagai punca kuasa.
"Hidup berudu terlalu bergantung kepada air kerana banyak makanan di situ.
"Air itu seperti kuasa. Kolam kering berudu mati.
"Berudu
dalam masa beberapa minggu tumbuh kaki dan menjadi katak. Katak akan
terus melompat dan mencari air untuk melahirkan lebih banyak berudu,"
tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.
Istilah
bermain "banyak kolam" merujuk langkah PAS mahu meneruskan keberadaan
mereka dalam PN dan pada masa yang sama masih mahu bekerjasama dengan
Umno melalui Muafakat Nasional.
Sebelumnya Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumpamakan Umno seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.
Perumpamaan
itu susulan tindakan Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu serta
jalan sukar Muafakat Nasional (MN) yang dirintis selepas pilihan raya
umum lalu.
"Kita nak selamatkan itik yang patah kaki. Ada yang patah kaki, pilihan raya (ke) 14.
“Malangnya
bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita.
Jadi, itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul,” kata ahli
parlimen Marang.
Pada PRU lalu, Umno melalui Barisan Nasional (BN) tumbang dan pentadbiran negara dikuasai Pakatan Harapan.
Hubungan PAS-Umno tak seakrab dulu |
Mahiaddin yang menjadi Perdana Menteri kemudian disingkirkan apabila Ahli Parlimen Umno menarik semula sokongan mereka dan dia kemudian diganti Naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob.
0 Comments