DAP setia, mengapa perlu putus demi kerjasama dengan PN?



PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) tidak akan menerima apa-apa cadangan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor tanpa DAP.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa DAP adalah parti induk dalam gabungan disertai Amanah dan KEADILAN itu dan telah membuktikan kesetiaan mereka.

“Jika mereka hendak bincang secara berasingan dengan KEADILAN atau DAP, kita tiada halangan.

“Tapi untuk memberikan syarat tanpa DAP atau tanpa KEADILAN, sukar diterima,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu bekas Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Mazlan Aliman mencadangkan agar HARAPAN bekerjasama dengan Bersatu dan PAS pada PRN Johor bagi berdepan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad dalam satu laporan lain berkata, PAS sudi bekerjasama dengan Amanah untuk PRN Johor jika parti tersebut meninggalkan DAP.

"Kita boleh (bekerjasama) dengan Amanah, dengan syarat dia tinggalkan DAP," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

DAP tak pernah khianat kerjasama pembangkang
Sebelum ini Anwar turut menolak cadangan supaya HARAPAN bekerjasama dengan parti Bersatu yang dilontarkan Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru Razrul Anwar Rusli.

BACA: Anwar tolak cadangan kerjasama dengan Bersatu

Sebagai rekod, Bersatu sebahagian dari gabungan itu ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, namun kemudian mengumumkan untuk keluar dari HARAPAN sekaligus membawa kepada kejatuhan kerajaan HARAPAN.


Post a Comment

0 Comments