KETUA Pembangkang Dewan Negeri Perak Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin cuba mencari helah untuk lari dari tanggungjawab.
Ia susulan kenyataan Mahiaddin yang menafikan beliau memilih Azam Baki untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Jelas Abdul Aziz yang juga merupakan pakar Perlembagaan, Mahiaddin tidak atau atau sengaja tidak mahu tahu apa yang tersirat di sebalik konsep bertindak mengikut nasihat yang terkandung di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Di mana katanya, peruntukan tersebut mewajibkan perdana menteri dan semua anggota kabinet memikul tanggungjawab kerana mandat daripada rakyat untuk memerintah berada di tangan mereka bukan di tangan Yang Di-Pertuan Aging atau perkhidmatan awam.
“Mahiaddin menyebut Yang Di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara dan prosedur pelantikan untuk mengukuhkan dalilnya,” kata bekas Ahli Akademik itu.
Sebelum ini, katanya Mahiaddin dan konco-konconya berperi-peri mengatakan YDPA perlu bertindak atas nasihat kerajaan hatta dalam beberapa isu yang ada keraguan di dalamnya .
“Tetapi sekarang dalam perkara yang jelas dan tiada keraguan di dalamnya Mahiaddin cuba mencari helah.
“Semoga rakyat tidak lupa dengan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini,” tambah Abdul Aziz dalam kenyataan.
Abdul Aziz bangkitkan Perkara 40(1) |
"Ya, dia dilantik waktu saya (perdana menteri) bila berlaku kekosongan bekas pesuruhjaya yang dahulu berhenti maka perlu ada pengganti.
"Pelantikan itu diperakukan oleh sebuah jawatankuasa, Ketua Setiausaha Negara mencadangkan nama, bukan saya pilih, KSN cadangkan kerana fikir dia layak," katanya dalam sidang media.
0 Comments