Tokoh wartawan desak Abu Zahar letak jawatan


TOKOH
wartawan, Tan Sri Johan Jaaffar menyuarakan kekecewaannya ekoran tindakan Abu Zahar Ujang yang menyalahkan pihak media berkaitan isu Azam Baki.

Dipetik laporan The Star, Johan berkata tindakan Abu Zahar yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) meletak kesalahan terhadap pihak media adalah tindakan tidak wajar.

"Saya kesal dengan tindakan Abu Zahar Ujang yang menyalahkan media atas kelemahannya sendiri semasa sidang media 5 Januari lalu, malah patut menyalahkan diri sendiri atas kontroversi yang diciptanya.

"Menyalahkan media atas kesalahannya sendiri adalah tidak bertanggungjawab dan tidak wajar dilakukan," tegasnya,

Tambah Johan Abu Zahar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan daripada sidang media berkenaan.

Sebagai rekod, Johan merupakan bekas Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu pada Selasa, Abu Zahar menyalahkan sesetengah media berikutan kontroversi yang timbul daripada sidang media pada 5 Januari lalu apabila beliau mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki tidak melakukan sebarang salah laku berhubung pemilikan saham pada 2015.

Beliau mendakwa sidang media itu tidak dilaporkan sepenuhnya oleh sesetengah media sehingga menyumbang kepada 'persepsi salah' di kalangan masyarakat.

Kenyataan Abu Zahar menimbulkan banyak kontroversi setelah dilihat seolah-olah 'membersihkan' Azam.

Susulan itu juga enam ahli LPPR kemudian membuat kenyataan bahawa kenyataan Abu Zahar bersifat peribadi dan tidak mewakili lembaga itu.

Salahkan media merupakan tindakan tak wajar
"Saya sendiri tertanya-tanya mengapa dia menyalahkan media sedangkan enam ahli lembaga itu juga tidak berpendirian sepertinya.

"Kami pihak media dan rakyat mengharapkan sikap akauntabiliti yang tinggi daripadanya.
 
"Oleh yang demikian, beliau juga harus dengan hormatnya meletakkan jawatan serta-merta seperti yang dituntut banyak pihak.," katanya.

Post a Comment

0 Comments