Krisis SPRM dedah kelemahan institusi Parlimen, kata AMK

 


KRISIS integriti membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mendedahkan kelemahan institusi Parlimen yang sepatutnya berperanan bebas, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK).

Akmal Nasir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru ketika mengulas isu dakwaan pemilikan saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, Parlimen sewajarnya melaksanakan tanggungjawab sebagai legislatif.

Namun menurut Akmal. Parlimen kini dilihat gagal apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) terpaksa ditangguhkan kerana bantahan bertulis daripada saksi yang dipanggil iaitu Azam Baki sendiri.

“Jika Parlimen menerima bantahan untuk menangguhkan PSC tanpa menunggu prosiding untuk membincangkan alasan-alasan tersebut sebelum keputusan dibuat, ini dilihat sebagai jenaka kepada badan legislatif,” katanya.

Beliau turut menyifatkan isu membabitkan Azam itu akan mengundang kepada darurat integriti.

Krisis dibimbangi undang darurat integriti
“Sebagai salah satu daripada tiga cabang kuasa (selain itu adalah eksekutif dan kehakiman), Parlimen sepatutnya berhak menjalankan prosiding bagi merungkai permasalahan yang melibatkan kepentingan orang ramai terutamanya dalam isu ketelusan dan integriti,” tambah Akmal.

Sehubungan itu, AMK katanya akan meneruskan penyerahan Memorandum Rakyat di hadapan Parlimen Malaysia kepada Perdana Menteri, Speaker dan Ketua Pembangkang hari ini.

Post a Comment

0 Comments