Kabinet buat undang-undang macam di kedai mamak - Mahfuz



AHLI PARLIMEN Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan jemaah menteri menaikkan kadar maksimum kompaun dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
 
Ketika mengulas usaha kerajaan meminda Akta itu dengan menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan sehingga masing-masing RM10,000 dan RM1 juta, Mahfuz menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

“Bagaimana Kabinet boleh bersetuju untuk pindaan ini? Buat undang-undang macam tulis di kedai mamak. Saya bukan mahu menghina pengusaha kedai mamak.

“Mesyuarat Kabinet lulus macam di kedai mamak. Inilah undang-undang yang diluluskan di Kabinet untuk dibawa ke dalam Parlimen.

“Tergamak jemaah menteri termasuk Menteri Agama dan seluruh anggota Kabinet daripada Umno dan Bersatu. Tergamak buat undang-undang denda RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

“Apa punya hati perut jemaah menteri, busuknya hati perut,” katanya dalam forum menerusi saluran ThePerspektif TV.

Difahamkan bacaan kali kedua dan ketiga Akta itu di Dewan Rakyat ditangguhkan susulan penentangan dibuat pembangkang terhadap usaha itu.

Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini memutuskan untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 dalam bentuk yang dibentang.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan selepas RUU itu diperincikan secara keseluruhan, mendengar pandangan ahli-ahli Parlimen dan respon rakyat.

“Jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan itu mungkin membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan antara dua darjat.

Pembangkang tolak pindaan yang tekan rakyat
“Saya dan saf Pembangkang tidak boleh menyokong RUU ini dalam bentuk yang telah dibentang," kata Anwar sambil menegaskan pendirian itu telah dinyatakan kepada Ismail Sabri.

Sementara itu, Mahfuz yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia menegaskan pindaan terhadap Akta 342 dalam usaha memerangi Covid-19 tidak harus menghukum.

“Kita mahu ada kawalan, kena pakai pelitup muka, ikut SOP, tapi biar yang berpatutan,” tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments