TIMBALAN Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mengingatkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bahawa mereka tidak boleh menafikan bahawa kesan aktiviti pembalakan terhadap kejadian banjir.
Dalam hantaran di Facebooknya, Ramasamy berkata, lawatannya ke lokasi terjejas banjir di kawasan Karak dan Bentong, Pahang menunjukkan dengan jelas sungai-sungai di kawasan itu tidak dapat menampung air banjir lalu menyebabkan kemusnahan yang tak terduga.
“Aspek aliran air yang menakutkan ialah jumlah serpihan yang banyak, pokok, semak dan sisa kayu yang tercabut dari kawasan pembalakan.
“Keadaan di Jambatan Sri Temelong jelas sekali menunjukkan pembalakan selama bertahun-tahun dan lain-lain bentuk penebangan hutan adalah punca utama banjir,” katanya dipetik.
JPNP sebelum ini menafikan dakwaan kononnya sisa timbunan kayu yang hanyut akibat banjir di beberapa kawasan di Telemong berlaku akibat aktiviti pembalakan.
Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, berdasarkan siasatan awal, pokok yang ada bukan pokok yang ditebang secara haram atau yang berlesen susulan kawasan hutan simpan yang terlibat (Hutan Simpan Lentang) adalah kawasan tadahan air sejak 2002 yang tiada pembalakan dibenarkan.
“Menurut JPNP, pemantauan atau pemeriksaan di Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong menunjukkan bahawa ia adalah sisa kayu di jalan dan jambatan.
“Tetapi saya melihat diri saya di Jambatan Sri Temelong, ia bukan hanya sisa kayu atau serpihan tetapi juga pokok-pokok tercabut dan sisa kayu dari pembalakan yang tertinggal atau terbiar,” kata Ramasamy.
JPNP digesa tangani isu banjir akibat pembalakan |
Beliau meminta kerajaan negeri Pahang supaya segera menangani isu banjir berkenaan dan mengarahkan JPNP untuk menyiasat syarikat-syarikat yang terlibat dengan perusahaan pembalakan besar-besaran di negeri berkenaan.
0 Comments