SEBUAH kumpulan yang pro kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).
Ia bagi mencari punca mangapa bencana banjir yang berlaku baru-baru ini gagal ditangani dengan baik.
Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, sebagai negeri termaju, Selangor tidak wajar hanya bergantung kepada bantuan Putrajaya dalam memberikan bantuan mengurus bencana banjir.
“Otai mengusulkan agar pendengaran awam SELCAT disegerakan untuk rakyat tahu di mana silapnya koordinasi bilik gerakan Unit Bencana Selangor.
“Sebagai negeri termaju di Malaysia adalah tidak wajar bergantung kepada Putrajaya untuk bantuan aset membantu pemindahan mangsa banjir.
'Sewajarnya Selangor sudah siap siaga dengan aset tersebut kerana seringkali berlakunya banjir kilat sebelum ini,” katanya dipetik laporan FMT.
Kumpulan itu juga mempertikaikan peranan Setiausaha Kerajaan, Haris Kasim semasa dan sebelum berlaku banjir besar di beberapa lokaliti di sekitar Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kuala Selangor.
“Dato’ SUK gagal ‘mengaktifkan’ untuk menggerakkan aset-aset agensi kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain pihak berkaitan untuk kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa banjir terlibat.
“Otai mempertikaikan kenapa bot-bot milik Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) contohnya tidak digerakkan ke kawasan yang teruk terjejas di Sri Muda, sedangkan Sri Muda hanya terletak kurang 4.5km dari ibu pejabat MBSA,” katanya sambil menggesa SUK membuat penjelasan berhubung isu terbabit.
“Sebagai ketua pentadbir negeri maka Menteri Besar juga patut pikul tanggungjawab ekoran bencana ini,” Tambahnya lagi.
Sebelum ini kerajaan pimpinan Menteri Besar, Amiruddin Shari dan Persekutuan dikritik susulan tindakan lemah menyelamatkan mangsa banjir sehingga menyebabkan ada mangsa terkanda selama berhari-hari sebelum diselamatkan.
Walau bagaimanapun Amiruddin ada menegaskan bahawa Negeri Selangor telah memohon bantuan daripada kerajaan Persekutuan untuk bantuan aset dan anggota keselamatan bagi tujuan proses pemindahan dan menyelamatkan mangsa banjir.
Pendedahan itu dibuat beliau selepas dituduh keberatan untuk melibatkan tentera dalam usaha mengatasi bencana banjir di Selangor.
“Tidak timbul isu keberatan…kita (kerajaan negeri) sedar kapasiti kita,” tegas Amirudin.
Apa sebenarnya berlaku di Selangor? |
“Apakah terdapat niat jahat atau mala fide Ismail Sabri terhadap kerajaan Selangor?" soalnya.
0 Comments