HARAPAN kekal kukuh, bertanding guna logo berbeza tak jadi isu

 


KEPUTUSAN parti KEADILAN menggunakan logonya sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang, tidak akan menjejaskan hubungan dalam kalangan parti pembangkang.

Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kontroversi membabitkan penggunaan logo itu bukanlah satu isu, ia dipermainkan pihak tertentu seolah-olah ini kali pertama KEADILAN memutuskan untuk bertanding di bawah logonya sendiri.

Mengimbas apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang lalu, Anwar berkata bahawa KEADILAN, DAP dan Pas juga pernah bertanding  menggunakan simbol mereka sendiri, walaupun mereka berada dalam gabungan Pakatan Rakyat ketika itu dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah ketika itu.

“Kepimpinan Pakatan Harapan masih kukuh.

“Ada pihak yang menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan kita. Tapi dasar dan manifesto kami kekal sama,” katanya

Terdahulu, KEADILAN memutuskan untuk bertanding di bawah logonya sendiri, manakala AMANAH dan DAP akan bertanding di bawah logo Pakatan Harapan (HARAPAN).

Kesepakatan HARAPAN tak terjejas
Keputusan itu menarik perhatian banyak  pihak, malah ada segelintir penyokong mengkritik keputusan itu.

Bagaimanapun AMANAH dan DAP menghormati keputusan rakan sekutu mereka itu dan walau apapun keputusan KEADILAN, kedua-dua mereka menyatakan akan terus bekerjasama dengan parti itu serta parti-parti pembangkang lain termasuk MUDA untuk menawarkan satu barisan yang bersatu padu bagi meyakinkan pengundi untuk memilih kerajaan HARAPAN dalam PRN Johor.



Post a Comment

0 Comments