HARAPAN gesa k'jaan Ismail selesaikan perkara dalam MoU


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) hari ini menggesa supaya lima perkara dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang belum diselesaikan perlu diberi keutamaan.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara yang terkandung dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangai antara HARAPAN dan kerajaan pada September tahun lalu itu wajar mesti diselesai pentadbiran Ismail Sabri Yakob berbanding fokus kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tambahan tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, isu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti jelasnya penting bagi dekomrasi negara.

“MoU ini memberi kestabilan kepada politik nasional.

"Jadinya, saya berpandangan masa yang sesuai bagi PRU-15 bergantung kepada tahap penyebaran wabak Covid-19 dan keadaan ekonomi rakyat (contohnya jika terkesan akibat bencana alam seperti banjir dan sebagainya),” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sejak pentadbiran HARAPAN dijatuhkan melalui gerakan politik dikenali sebagai "Langkah Sheraton', negara berdepan beberapa pilihan raya negeri (PRN).

SPR akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan bagi menetapkan tarikh bagi PRN Johor yang diadakan susulan pembubaran DUN Johor.

K'jaan perlu penuhi semua janji dalam MoU
Sebelum ini negara berdepan PRN Sabah yang kemudian menyaksikan kerajaan dipimpin Warisan dikalahkan, November tahun lalu, Melaka mengadakan PRN negeri setelah beberapa ADUN menarik semula sokongan mereka kepada Menteri Besar.

Sementara itu jelas Fahmi, selain RUU Anti Lompat Parti, empat lagi perkara yang belum diselesaikan dalam MoU itu adalah badan kehakiman sentiasa bebas dari sebarang campur tangan mana-mana pihak; had jawatan Perdana Menteri tidak lebih 10 tahun; usul dan lulus RUU Perkhidmatan Parlimen untuk memastikan Parlimen menjadi institusi bebas dan pindaan Peraturan Mesyuarat bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan lebih teratur dan berkesan.

Post a Comment

0 Comments