SKOR Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh buat kali kedua berturut-turut.
Berdasarkan CPI 2021 dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) semalam, skor Malaysia beradi dibawah paras 48 mata berbanding 51 pada tahun lalu dan 53 pada 2019
Presiden TI-M Muhammad Mohan dalam satu sidang media berkata, kemerosotan itu dicerminkan dalam kedukan ranking Malaysia yang telah turun ke tangga ke-62 daripada 180 negara di seluruh dunia berbanding tempat ke-57 pada 2020.
“Ini adalah skor kita untuk 2021, jadi kamu boleh lihat ia menurun lagi (sejak 2020).
“Daripada tangga ke-53 (pada 2019) kepada 51 (pada 2020) dan kita jatuh tiga mata lagi, jadi ia adalah trend yang sangat membimbangkan.
"Kita telah jatuh lima mata dalam tiga tahun sejak 2019. Mungkin ada yang mengatakan ia cuma lima mata, tetapi tidak, sebenarnya lima mata itu sangat serius dan sangat signifikan," katanya.|
M'sia turun ke tangga 62 dari 180 negara |
Sementara itu tegas Muhammad Mohan, Indeks itu jelas menunjukkan bahawa negara tidak langsung mencapai kemajuan yang diharapkan tetapi sedang menuju arah kemerosotan dari segi membanteras rasuah, menyokong hak asasi manusia dan demokrasi.
0 Comments